Program Fenomena Super Moped yang diadakan dengan jayanya pada 8 Mac lalu, masih lagi menjadi perbualan hangat di kalangan para pencinta dunia dua roda. Ekoran kesungguhan pihak penganjur terutamanya En. Fuad bersama krew yang bertungkus lumus bagi memastikan penganjuran program ini berjalan lancar. Pelbagai aktiviti telah diadakan sebelum berlangsungnya program Fenomena Super Moped 2020 ini antaranya Ride Mega Road Tour To Cameron.
Walaupun diadakan secara santai, aktiviti yang diusahan oleh En Fuad ini berjaya menghimpunkan sebanyak 96 buah motosikal pada 1 Mac lalu. Para peserta yang terlibat telah berkumpul terlebih dahulu pada pukul 8.30 pagi di sebuah stesen minyak Petronas menghala ke Cameron. Para peserta konvoi mula bergerak ke Route 185 sekitar pukul 185 pagi untuk sesi bergambar dan dalam masa yang sama, mempromosikan Fenomena Super Moped 2020.
Setelah memasuki pukul 12.00 tengah hari, para peserta berhenti rehat untuk menjamu selera dan juga solat zohor. Sejurus itu, para peserta singgah di ladang teh. Tidak sah kalau datang ke Cameron tetapi tidak singgah ke ladang teh ini yang menjadi tumpuan para pengunjung bukan sahaja tempatan malah ada juga yang datang dari luar negara. Selepas bergambar kenangan di ladang teh sambil menikmati minuman air teh di kafe Boh, para peserta barangkat pulang lebih kurang dalam pukul 5.00 petang.
Perkongsian : En. Fuad Ipoh