Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Jelajah 4 Destinasi Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-67

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-08-30
in BULETIN, UTAMA
0

Seramai 250 penunggang motosikal menyertai Konvoi Jaulah Merdeka ke-5 anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67. Diadakan pada 24 Ogos 2024 lalu, konvoi sejauh 67KM ini melibatkan beberapa destinasi penting dan bertujuan untuk mengeratkan hubungan ukhuwah antara komuniti dan rumah kebajikan. Bermula dari jam 8 pagi hingga 1 petang, konvoi ini turut disertai pelbagai kelab motosikal seperti Northern ADV Club, RSX Utara, dan KTM Northern Bikers Club.

Destinasi Pertama: Masjid Al-Jamiul Badawi, Kepala Batas
Konvoi bermula di Masjid Al-Jamiul Badawi pada jam 8 pagi. Para peserta berkumpul di sini untuk taklimat dari pihak Trafik PDRM dan ketua Marshall dari NVOG & Friends, Tuan Misai. Selepas bacaan doa selamat dan ucapan pembukaan oleh Dato Shariful Azhar, konvoi dilepaskan untuk memulakan perjalanan.

Destinasi Kedua: Rumah Jagaan Darul Hanan
Seterusnya, konvoi bergerak sejauh 6KM ke Rumah Jagaan Darul Hanan di Jalan Pongsu Seribu. Jarak perjalanan mengambil masa selama 10 minit dan diiringi 6 buah motosikal Trafik dri PDRM serta dibantu sebanyak 20 buah motosikal marshall Nvog & Friends. Di sini, para peserta konvoi meluangkan masa untuk menyantuni penghuni rumah jagaan serta memberikan sumbangan. Kehadiran konvoi disambut dengan penuh mesra oleh warga Darul Hanan, dan para peserta berpeluang berinteraksi serta menghayati semangat kemerdekaan bersama penghuni.

Destinasi Ketiga: Wisma Anak Yatim, Air Itam
Perjalanan konvoi diteruskan sejauh 40KM mengambil masa selama 60 minit merentasi Jambatan Pulau Pinang ke Wisma Anak Yatim di Air Itam. Walaupun sedikit sesak, dengan kecekapan pihak Trafik PDRM Berjaya mengawal lalulintas dan perserta konvoi tiba dengan selamat. Setibanya di sini, peserta konvoi disambut oleh penghuni wisma dengan kibaran bendera. Tan Seri Yusoff Latip, pengetua wisma, memberi ceramah ringkas tentang kepentingan menghargai kemerdekaan. Sesi bergambar dan ramah mesra dengan penghuni wisma turut diadakan sebelum konvoi bergerak ke destinasi terakhir.

Destinasi Keempat: Masjid Umar Abdul Aziz, Batu Maung
Konvoi berakhir di Masjid Umar Abdul Aziz, Batu Maung, setelah menempuh perjalanan sejauh 20KM. Di sini, acara penutup diadakan, termasuk jamuan makan tengah hari dan sesi cabutan bertuah. Para peserta disambut dengan meriah oleh penduduk setempat, dan acara ini juga menjadi penutup yang sempurna untuk konvoi yang berlangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Konvoi Jaulah Merdeka kali ini turut mendapat kerjasama dan sokongan yang kuat dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Penyiaran Negeri Pulau Pinang RTM Pulau Pinang dan kelab motosikal Northern Versys Owner Group (NVOG) & Friends selaku Marshall bertugas.

Program ini diharapkan dapat terus menerapkan nilai-nilai murni dan memupuk semangat kemerdekaan dalam kalangan masyarakat. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Previous Post

Persiapan Meriah Sambut Penggemar Permotoran September Ini

Next Post

Dari Arwah Tok Wan Ke Tangan Cucu

Next Post

Dari Arwah Tok Wan Ke Tangan Cucu

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved