Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Dari Arwah Tok Wan Ke Tangan Cucu

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-09-02
in BULETIN, SHOW OFF, UTAMA
0

Memiliki koleksi barangan lama atau antik sememangnya menjadi kegilaan bagi sesetengah orang. Malah, ada juga yang sanggup berbelanja besar bagi mengumpulkannya terutama yang jarang atau barangan yang sudah tidak ditemui lagi.

Bagaimanapun, tidak semuanya sanggup atau mampu mengeluarkan duit bagi membeli barang antik diingini. Bagi yang mampu, pasti tidak berdepan masalah asalkan cukup berbaloi dan memuaskan hati. Namun, tidak kurang juga yang mendapatkan barangan antik menerusi warisan. Seperti personaliti kali ini, Hanisah Kamariah Ahmad Khairi yang memiliki motosikal lama turun temurun menerusi peninggalan arwah datuknya

Menurut guru PDK di Kuala Nerang itu, hobi dan minat terhadap dunia motosikal dan permotoran sebenarnya telah bercambah sebelum dia berumahtangga lagi.

“Sejak dari awal remaja lagi, saya memang meminati sukan permotoran. Boleh dikatakan ia sebagai hobi ketika waktu terluang. Sebelum itu, saya banyak terdedah dengan dunia kereta termasuk menyertai beberapa pertandingan kereta dan juga motor pada masa yang sama.

“Ketika itulah, saya mula tertarik dan melihat dunia motosikal lebih menarik dan agak murah berbanding kereta. Bagi saya, perasaan itu lebih jujur terutamanya ketika saya mula-mula berjinak-jinak dengan menyertai aktiviti berkonvoi dan acara bermotosikal yang lain,” ujar Shah ketika diajukan pertanyaan mengenai perihal aktiviti sebelumnya.

Setiap Barang Ada Nilai Cerita Tersendiri
Hanisah berkata, ketika zaman kanak-kanak, dia sering mengikuti datuknya menaiki motosikal terbabit. Sebagai seorang guru silat yang dikenali di kampung, Hamid Hussain atau panggilan orang kampung sebagai Pak Mid Silat sering membawa motosikal ini mengelilingi kampung untuk sebarang aktivitinya.

“Begitulah kisah di sebalik sebuah motosikal buruk keluaran 1980-an, ia kepunyaan datuk saya yang sering digunakan untuk melakukan kerja-kerja di kampung.”

“Dengan motosikal Honda C70 lampu bulat ini, saya dibawa oleh Tok Wan dengan pelbagai aktivitinya di sekitar Kuala Nerang ini. Tidak sekadar mencari rezeki di atas tanah sawah atau bendang, malah motosikal ini juga turut menjadi pengangkutan utama buat kami sesi keluarga,” ujar Hanisah memulakan bicara.

Kisah Bertukar Milik
Kitaran hidup manusia, yang pergi tetap pergi dan mereka yang masih bernyawa perlu meneruskan kehidupan seperti biasa. Begitu juga kisah keluarga Hanisah dan tidak terkecuali harta yang ditinggalkan oleh arwah Tok Wannya.

Bermula pada tahun 1992, motosikal arwah Tok Wan mula bertukar milik. Dari nama Tok Wan, ia turun kepada anaknya yang juga emak kepada Hanisah. Beliau turut melakukan kerja-kerja kampung di sekitar daerah Kuala Nerang.

Pelbagai kegunaan dilakukan oleh motosikal milik arwah Tok Wan ini. Selaku pengangkutan utama terhadap keluarga, jentera ini juga turut digunakan bagi mengangkut karung guni padi dan juga makanan haiwan seperti rumput untuk binatang ternakan seperti kerbau dan lembu.

Bukan itu sahaja, jasa motosikal milik arwah Tok Wan juga sentiasa menggamit memori Hanisah. Mana tidaknya, pengangkutan dua roda ini juga turut digunakan oleh emak Hanisah bagi menghantarnya ke sekolah sehingga tamat pengajian sekolah menengah.

Sehinggalah sekitar tahun 1997, motosikal ini ‘bersara’ di penjuru rumah tanpa sebarang ‘aktiviti’ yang dilakukan memandangkan ketika itu emak Hanisah sudah memiliki jentera baharu. Lebih gagah dan tampak moden berbanding motosikal lama.

2 Kali Proses Baik Pulih
Memandangkan jasa terlalu besar yang dilakukan Honda C70 terhadap keluarga Hanisah, ia telah menjalani proses baik pulih sebanyak dua kali.
Bermula pada tahun 2013, namun motosikal peninggalan Tok Wan hanya sempat beroperasi selama beberapa tahun dan kembali tersadai dek kerosakan yang lebih besar.

“Hanya pada tahun 2020 iaitu ketika pandemik Covid 19 melanda tanah air, barulah saya terdetik untuk membaiki semula jentera ini.

“Sebelum itu, saya turut berbincang dengan suami dan emak untuk melakukan proses membaik pulih. Mereka bersetuju dan memberi kepercayaan kepada saya untuk melakukan proses tersebut,” tambahnya.

Proses bermula dengan menghantar motosikal ini untuk membuat warna baharu di bengkel cat Faisol, Alor Janggus Alor Setar. Pilihan warna yang saya pilih adalah merah aka Dunhill.

Sementara menunggu hasil ‘menyalin kulit’ siap sepenuhnya, Hanisah meninjau ke laman sosial seperti Facebook dan Google untuk mencari ilham mencantikkan imej Honda C70 ini.

Beberapa keputusan yang diambil untuk mengindahkan jentera Honda C70 adalah hasil dari pencariannya di laman sesawang dan juga pendapat kawan-kawan serta beberapa kenalan dari kampung. Tidak lupa juga, beberapa komponen di bahagian motosikal ini menggunakan barangan dengan warna chrome dan elemen tambah nilai yang lebih cantik seperti penghadang angin juga material terpilih untuk bahagian pelana.

Menyentuh mengenai soal enjin, Hanisah mengakui bahawa enjin motosikal arwah Tok Wan masih ‘dara’ dan mengekalkan kedudukan tiga gear (gear pertama bermula dari belakang) termasuk juga karburator motosikal terbabit.

“Tidak lupa juga kepada mereka yang terbabit dalam perancangan saya untuk ‘restore’ semula jentera Honda C70 ini.

“Penghargaan kepada mereka yang telah menghadiahkan dan mencari komponen Honda C70 seperti papan plate besi bahagian belakang, wild shield hadapan dari penjual FB Simpang Tiga, karipap dari Tokai Rider, raga berkunci dari Fuad Vespa dan ramai lagi,” ujar Hanisah.

Suami Sokong Minat
Dengan idea dan pemikiran moden, Honda C70 tahun 1977 seakan-akan dilahirkan semula. Bersandarkan imej yang lebih maskulin, tidak hairanlah motosikal peninggalan arwah Tok Wan Hanisah menjadi tarikan setiap kali ia berada pada acara pertunjukan motosikal klasik.

“Pernah sekali motosikal ini muncul juara dan menjadi pilihan pihak juri atas beberapa kriteria yang ada pada jentera ini dan saya rasa segala pergorbanan dan kos yang dilaburkan sudah cukup berbaloi,” ujarnya lagi.

Dalam pada kesibukan dengan hobinya terhadap dunia motosikal, Hanisah bagaimanapun tidak melupakan tanggungjawab sebagai isteri terhadap rumah tangga yang dibina bersama Shahrul Abuzar Ibrahim, 39 tahun dan seorang cahaya mata.

Hobinya turut disokong oleh suaminya, malah si suami bukan sahaja memberi perangsang dan sedikit tunjuk ajar bahkan tidak keberatan menghantar Hanisah ke mana-mana pertunjukkan motosikal klasik sekitar utara ini.

“Diringkaskan cerita, motosikal klasik ini menimbulkan pelbagai perseptif berbeza sama ada keluarga, sanak saudara, generasi baru dan juga peminat.

“Dari sudut keluarga, saya masih mengekalkan identiti motosikal milk arwah Tok Wan ini bagi tatapan sanak saudara dan lapisan muda. Begitu juga kepada generasi muda, dengan penampilan serba baharu, motosikal ini dapat menjadi rujukan seandainya mereka berminat dengan jentera lama ini.

“Begitu juga dengan peminat, mungkin mereka boleh menyaksikan sendiri secara dekat motosikal standard keluaran tahun 1977 yang mungkin semakin kurang dalam kalangan yang tiada lagi.”

“Mungkin di masa akan datang, kita akan tinggalkan momen tidak bernyawa ini kepada cucu atau cicit berkenaan dengan harta yang ditinggalkan oleh Tok Wan mereka,” ujar Hanisah mengakhiri perbualan dengan penulis.

Sekilas Fakta
Nama Hanisah Kamariah Binti Ahmad Khairi
Panggilan : Shah@Nisah
Kerjaya : Guru PDK Kuala Nerang
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda
Pengurusan Sumber Manusia (UiTM) Arau, Perlis
Asal : Kuala Nerang, Kedah
Status : Berkeluarga
Suami : Shahrul Abuzar Ibrahim
Anak : Seorang
Umur : 34 Tahun
Jenis Motor : Honda C70 Tahun 1977
Pemilik Asal : Hamid Hussain
Kejayaan : Juara Motosikal Klasik Tercantik – Alor Setar 2023
Warna : Merah Dunhill
Warna Asal : Kelabu
Model : C70
Penglibatan :
Motorshow & Konvoi
Kereta Audio Auto Show

Previous Post

Jelajah 4 Destinasi Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-67

Next Post

Pengembaraan Epik ke Mae Hong Son, Thailand

Next Post

Pengembaraan Epik ke Mae Hong Son, Thailand

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved