Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Jarak Paling Jauh Dilalui Konvoi Motosikal Dalam Tempoh 24 Jam

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-10-18
in BULETIN, UTAMA
0

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (“MODENAS”) bersama dengan kelab pemilik Modenas Dominar D400, DC Projek mengukir sejarah apabila menerima pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records’ (“MBOR”) bagi “Jarak Paling Jauh Dilalui Konvoi Motosikal Dalam Tempoh 24 Jam”.

Konvoi yang terdiri daripada 25 pemilik Modenas Dominar D400 dan 7 Modenas Pulsar NS200, diketuai oleh Presiden DC Projek, Muhammad Adib Bin Rapia’e telah memulakan perjalanan mereka pada 1hb Oktober 2022 jam 9.40 pagi dan tamat pada 2 Oktober jam 9.15 pagi dengan jumlah tunggangan sejauh 1,642km dalam masa 23 jam 25 minit.

Acara dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan telah berlepas dari Glenmarie, Shah Alam, dan menghala ke kilang MODENAS di Gurun, Kedah, sebagai laluan pertama. Dengan jarak perjalanan sejauh 399KM, konvoi berhenti seketika untuk sesi gambar berkumpulan di kilang MODENAS, sebelum meneruskan perjalanan sejauh 87KM menuju sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kedah di mana mereka disambut dengan cuaca yang kurang elok. Konvoi ini telah dibasahi hujan sepanjang jalan, sehingga suhu mencecah 28 darjah selsius.

Dari Kedah, konvoi meneruskan perjalanan sejauh 491KM ke Selatan menuju ke Sungai Besi, Kuala Lumpur dan terus ke Johor Bahru, Johor dan kembali semula ke Glenmari, Shah Alam, dengan jumlah catatan perjalanan sejauh 659KM. Dalam keadaan gelap gelita, dengan hanya berbekalkan minuman serta makanan ringan sebagai pengalas perut, konvoi meneruskan perjalanan dan hanya berhenti sebentar untuk rehat, mengisi petrol dan mengambil gambar resit petrol yang diisi bagi mematuhi syarat yang ditetapkan Malaysia Book of Records (“MBOR”).

“Dengan keadaan hujan sepenjang perjalanan dari Kedah ke Johor, dengan kelajuan 110km/j, ada kalanya kami berhadapan dengan situasi “hydroplaning” ketika menunggang. Dan apa yang kami boleh katakan, kami amat bersyukur dengan kestabilan dan prestasi Modenas Dominar D400 dan Modenas Pulsar NS200. Terima kasih MODENAS, kerana kedua-dua model ini didatangkan dengan sistem ABS. Secara keseluruhannya, misi berjalan lancar dan penuh dengan kenangan manis yang tidak dapat kami lupakan. Secara tidak langsung, program ini telah mengeratkan lagi persahabatan diantara kami dalam mencipta rekod kebangsaan”, kata Muhammad Adib.

“Ini merupakan kali kedua bagi MODENAS menganjurkan cabaran 1600km dalam tempoh 24jam dan melalui kerjasama ini, program telahpun berjaya mencatatkan rekod baharu di dalam MBOR bagi “Jarak Paling Jauh Dilalui Konvoi Motosikal Dalam Tempoh 24 Jam”. Tahniah kepada kesemua 32 peserta dalam menyempurnakan cabaran ini. Walaupun, saya tahu sebenarnya kumpulan itu tidak mempunyai banyak masa untuk melalui setiap negeri, namun saya amat berharap mereka telah memperolehi kepuasan daripada pencapaian program ini”, Roslan Roskan.

Previous Post

Bertukar Dengan Minyak Motor Idemitsu!

Next Post

Bermula Dari Sebuah Impian, Moto Guzzi Terus Giat Mengeluarkan Motor Dengan Suntikan Teknologi Terkini

Next Post

Bermula Dari Sebuah Impian, Moto Guzzi Terus Giat Mengeluarkan Motor Dengan Suntikan Teknologi Terkini

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved