Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Japstyle Acap!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-04-15
in SHOW OFF, UTAMA
0

Japstyle Acap!

Pertama kali melihat motor ini di laman media sosial, terpanggil dalam hati yang aku nak sangat motor ni masuk dalam majalah Roadstar. Berbekalkan keyakinan yang ada, aku dengan selambanya membuat janji temu dengan pemilik Harley Davidson ini. Acap atau nama sebenarnya Mohamad Asyraf Bin Khalid bukan kaleng-kaleng orangnya. Kaki layan youtube mesti sudah kenal Acap kerana beliau juga seorang Youtuber!

Buat makluman, Acap mempunyai beberapa channel Youtube berbeza genre dan salah satunya mestilah tentang motor. Namun begitu, Acap beritahu yang beliau baru sahaja nak bermula dengan vlog tentang motor ini. Walaupun baru pertama kali berpeluang berkomunikasi dengan Acap, beliau sebenarnya orang yang sangat simple dan senang untuk berurusan.

Nak dijadikan cerita, pertemuan dengan Acap ini diaturkan di Shah Alam. Kebetulan pula motor ini merupakan hasil terbaharu Acap. Sebelum ini, beliau sudah bermain dengan macam-macam model motor lain. Kalau tak salah, ada dua tiga jenis motor yang jadi mainan si Acap tetapi Harley Davidson Sportster tahun 1992 ini menjadi penghias halaman majalah Roadstar.

Menurut Acap, beliau membeli motor ini dalam keadaan yang barai, enjin tak hidup dan macam-macam lagi jenis dugaan yang terpaksa ditelan. Sebagai penggemar modifikasi, ini bukan masalah besar. Kecik punya hal, bai. Cabaran untuk kerja-kerja modifikasi dan restorasi begini membuatkan para penggemar seperti Acap lebih teruja dan bersemangat.

Motor ini dibeli secara tunai dan angkut bawak balik dengan harga RM30,000!

Sesiapa yang kenal Acap pasti dah sedia maklum dengan kegilaannya terhadap motor. Memang tahap maksima, sampai peninglah kepala pomen terpaksa layankan aje perangai beliau. Sejurus selepas urusan jual beli selesai, Acap gigih membawa motor ini ke Naz Workshop untuk kerja-kerja restorasi dan modifikasi. Kalau dah kaki custom, DNA ubahsuai memang sebati dalam badan. Terdetik nak ubah aje, beliau terus draf dan tunjuk pomen.

Kalau dilihat dengan teliti, bentuk Sportster dah kehilangan identiti apabila beberapa bahagian asal digantikan mengikut selesa Acap. Antara yang paling ketara, handle bar yang cukup tinggi. Mungkin Acap minat japstyle. Aku pernah tengok video di Youtube, memang bersepah mamat-mamat Jepun custom dengan handela bar sebegini rupa.

Kata Acap, kalau nak ubah motor sikit-sikit memang susah. Cuma bila dah terlepas masuk ke highway, main long ini memang champion. Sentiasa nombor satu. Bagi sudut konsep dan kekemasan pula, Acap memang mahukan rupa bentuk yang begini. Sebab itu jugalah ada karat atau ‘rusty’ dibiarkan kekal sebegitu. Beliau turut menambahkan sissy bar di bahagian belakang agar nampak lebih menarik!

Rasanya macam tak puas hati nak layan motor ni? Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang Acap, jangan lupa untuk ziarah beliau di channel youtube Vlog Tayar Golek.

Disediakan Oleh : Encik Bob

Previous Post

KTN Z ONE S 200

Next Post

Ninja 300, kejutan Kawasaki Untuk Peminat Motor

Next Post

Ninja 300, kejutan Kawasaki Untuk Peminat Motor

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved