Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Ninja 300, kejutan Kawasaki Untuk Peminat Motor

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-17
in SHOW OFF, UTAMA
0

Ninja 300, kejutan Kawasaki Untuk Peminat Motor

Kehadiran yang tidak diduga, ia bukan sahaja kejutan tetapi turut menimbulkan pelbagai persoalan dan menjadikan Ninja 300 dari Kawasaki ini berselubung misteri. Kawasaki Malaysia Sdn Bhd (KMSB) melakukan kejutan tidak diduga peminat dua roda tempatan. Bermula dengan khabar angin sehingga ia dijadikan kenyataan beberapa tahun dahulu.

Kisahnya, Ninja 300 ini dihantar terus kepada wakil-wakil penjual yang membuat tempahan awal. Masih ingat lagi, bagaimana cara Kawasaki mempromosikannya? Pihak Kawasaki Malaysia mendekati para peminat motosikal dengan konsep 3M; Mendekati, Menguji dan Meminati serta mengadakan promosi menunggang uji di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang.

Menilai dan menguji motosikal dengan apa yang sedia ada pada motosikal adalah rutin biasa untuk saya. Setiap motosikal mempunyai kemampuan dan rentak yang berbeza. Perbezaan komponen yang sedia ada mengikut ilham cipta jurutera pereka. Ninja 300 dan Z 300 telah memasuki pasaran negara beberapa tahun lepas. Dua versi berbeza tetapi berkongsi keupayaan sama. Hanya sedikit perbezaan ketara pada lampu hadapan, Handle bar dan firing depan.

Saya mengambil keputusan untuk menunggang uji berdasarkan beberapa ciri iaitu pecutan, stabiliti, kadar penggunaan bahan api dan keselesaan menunggang bagi perjalanan yang jauh serta keselamatan. Saya mengambil pendekatan yang senang dan selamat bagi menunggang uji model ini. Bermaksud laluan kali ini menggunakan lebuh raya pada waktu siang.

Berbekalkan enjin 4 lejang berkembar yang selari dan penyejukkan cecair, ujian dimulakan dari Kapar, Klang menuju ke Sg Petani, Kedah. Destinasi dengan jarak lebih kurang 383 km. Cuaca yang begitu panas dengan suhu mencecah 30 darjah celcius menguji tahap kepanasan enjin, apatah lagi dengan jarak perjalanan yang jauh. Ujian pertama berkaitan pecutan. Di permulaan gear 1 dan 2, saya merasakan seolah-olah seperti Ninja 250 dari segi deruman enjin, pikap dan pecutan.

Kehampaan timbul dengan karektor jentera ini. Tapi adakah rentak pecutannya serata? Dengan 6 gear kelajuan dan pacuan menggunakan rantai, slipper clutch memainkan peranan meringankan pergerakan clutch dan berfungsi menghadkan Tork. Sangkaan saya meleset, kuasa pelancaran enjin yang licin, kuasa tork pada rpm yang rendah dan sederhana dapat dirasakan. Nikmat pecutan yang kuat begitu terasa di rpm yang tinggi. Menakjubkan. Berapa pecutan maksima? Ini adalah soalan lumrah diajukan setiap kali berjumpa rakan bikers. Jawapan yang boleh berikan, berdasarkan berat badan saya iaitu 75kg maksima 180km/jam. Jadi kepada yang lebih ringan berat badannya pecutan melebihi dari apa yang pernah saya uji. Pada saya, motosikal berkuasa 300 kuasa kuda dengan kelajuan sedemikian sudah cukup membanggakan.

Adakah kawalan kestabilan ketika pecutan dilakukan? Ini ujian yang kedua. Pasti ada yang fikir mustahil dan tidak kurang juga yang berkata tidak. Hasil ujian menunjukkan, kawasalan masih stabil dan paling penting fokus. Kestabilan juga cukup ketara ketika mengambil selekoh tajam dan jalan berliku. Kestabilan paling berkesan ketika Ninja 300 ini memotong kenderaan berat sewaktu memecut. Seperti yang diketahui, risiko amat tinggi memintas kenderaan berat khususnya sedutan angin yang datang dari lori treler tetapi Ninja 300 berjaya melepasi halangan ini.

Bagaimana pula dengan penjimatan minyak? Menyentuh topik ini, beberapa perkara perlu diambil kira sebelum dinilai dengan tepat. Antaranya termasuklah kategori motosikal, kuasa serta penggunaan jentera tersebut. Di awal perjalanan, minyak berbaki 3 bar dengan bermodalkan RM19, tangki diisi penuh. Kapasiti 17 liter adalah maksima bahan api untuk Ninja 300. Mungkin pembaca sangsi dan fikir tidak logik kalau saya nyatakan dengan kelajuan minima 120km/jam dan kelajuan santai 150km/jam serta maksima pecutan 180km/jam saya menambah minyak di Juru, Pulau Pinang untuk kali kedua. Hanya RM29 dibelanjakan setelah mengharungi perjalananan sejauh 336 km. Cukup menjimatkan. Itu hasil ujian perjalanan yang jauh. Bagaimana pula dengan kegunaan harian khususnya untuk mereka yang berulang alik ke tempat kerja. Adakah ianya sesuai? Tips penjimatan sudah diketahui, tepuk dada, fikir semasak-masaknya.

Keselesaan menunggang motor ini diperolehi dari pelana yang berasingan. Model sporty, kuasa dan bentuk badan yang slim membezakan Ninja 300 dan versi sport bike keluaran Kawasaki yang lain. Antara faktor-faktor yang menambahkan keselesaan bagi perjalanan jauh atau dekat adalah handle bar separa sport bike, suspensi teleskopik fork di hadapan dan Bottom Trak uni link dengan kuasa gas serta ditambah dengan 5 spring boleh-laras (preload).

Seterusnya adalah ujian paling penting, keselamatan. Ninja 300 ini dibekalkan dengan sistem keselamatan terbaik. Sistem brek Abs yang memberikan keseimbangan omboh di hadapan dengan cakera tunggal 290 mm digunakan bagi menggerakkan keseimbangan dua omboh di hadapan. Sementara itu, cakera tunggal bersaiz 220mm dua angkup dipasangkan di belakang. Selain dari sistem brek canggih, keupayaan sistem enjin dalam memperlahankan kelajuan penukaran dari gear tinggi ke gear rendah seharusnya dipuji. Lazimnya, motor-motor hari ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan canggih dan memenuhi piawaian antarabangsa. Jadi nasihat saya, kenali kemampuan diri sendiri dalam mengendali jentera yang baru ditunggang, kenali motosikal anda dan selepas itu, barulah mencorakkan motosikal tersebut mengikut gaya anda.

Secara kesimpulannya, saya amat berpuas hati di atas hasil ujian terhadap Kawasaki Ninja 300 ini. Andai diberi peluang untuk menguji sekali lagi, sudah tentu saya tidak menolak. Pelbagai perasaan timbul ketika menunggangnya.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar edisi 34

Previous Post

Japstyle Acap!

Next Post

500 Pekerja Harley-Davidson Bakal Diberhentikan

Next Post

500 Pekerja Harley-Davidson Bakal Diberhentikan

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved