Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Enjin Kereta Berbeza Dengan Enjin Motosikal Dan Berbahaya Jika Digunakan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-07-29
in BULETIN, UTAMA
0

Mungkin kedengaran pelik tapi masih ada penunggang motosikal yang menggunakan minyak enjin kereta untuk enjin motosikal. Pengeluar minyak pelincir juga ada memaklumkan tentang bahaya akibat perbuatan ini.

Kenapa tidak boleh minyak enjin kereta? Minyak tetap minyak, kan? Tidak!

Terdapat beberapa sebab kenapa adanya minyak enjin motosikal yang spesifik kerana enjin motor berbeza dengan enjin kereta walaupun fungsi kedua-duanya membekalkan kuasa.

Hampir semua motosikal (kecuali skuter dan beberapa lagi motor lain) berkongsi minyak dengan transmisi dan juga klac. Minyak yang sama melincirkan piston bergerak ke atas dan ke bawah lebih seribu kali dalam seminit, juga harus memastikan gear transmisi dari bergeser antara satu sama lain selain mengelakkan plat klac haus.

Justeru, pelincir motosikal haruslah mampu bertahan dengan suhu yang panas dari pembakaran, selain piston dan juga gear dalam transmisi. Pada masa yang sama, ia membolehkan plat klac dan plat geseran mencengkam antara satu sama lain bagi membolehkan pemindahan kuasa enjin. Ia juga haruslah kuat dan mampu bertahan dengan mesin yang berputar sehingga 12.000, 14.000 atau 18.000 RPM.

Bukan itu sahaja, engkol enjin kereta berasingan dari klac dan transmisi, membuatkan minyak mengalir hanya dalam enjin serta menggunakan minyak yang berbeza dan lebih pekat. Manakala klac pula kering (tiada minyak). Garis merah enjin kereta jarang melebihi 8000 RPM.

Pengeluar minyak tidak perlu merumuskan minyak agar sesuai dengan aplikasi kotak gear, klac dan RPM tinggi. Sebaliknya, membuat produk dengan pengubah geseran untuk melancarkan enjin. Pengubah geseran ini tidak sesuai dengan klac motosikal kerana boleh menyebabkan kegelinciran (enjin berputar dengan kuat tetapi hanya sedikit kuasa yang dapat melakukannya).

Jadi, itulah antara sebab kenapa minyak enjin motosikal sangat berbeza dengan enjin minyak kereta. Tambahan pula, enjin motosikal didatangkan dengan kelulusan JASO MA atau JASO MA2. Ini bermaksud, minyak selamat digunakan untuk motosikal dengan klac basah dan secara visualnya, tiada minyak kereta mempunyai kelulusan ini.

Perkara terbaik yang patut dilakukan? Kekal menggunakan minyak enjin motosikal untuk kebaikan serta perlindungan motor anda.

Previous Post

5 Situasi Buat Penunggang Motosikal Naik Gila!

Next Post

4 Perkara Perlu Diketahui Oleh Setiap Penunggang Motosikal

Next Post

4 Perkara Perlu Diketahui Oleh Setiap Penunggang Motosikal

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved