Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

5 Situasi Buat Penunggang Motosikal Naik Gila!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-08-05
in BULETIN, UTAMA
0

Pasti anda pernah mendengar Hukum Murphy atau pepatah yang mengatakan apa-apa yang boleh salah akan jadi salah. Ini sangat bersesuaian dengan kehidupan penunggang motosikal juga.

Sebagai contoh, terlupa untuk memperbaharui lesen menunggang motosikal atau menghidupkan cukai jalan, membiarkan lampu terpasang, lupa mengetatkan tali topi keledar dan banyak lagi!

Berikut, beberapa situasi yang boleh membuatkan penunggang motosikal jadi tidak tentu arah.

1. Langgar Rutin
Langkah-langkah memulakan penunggangan sudah sebati dengan kehidupan seharian penunggang motosikal – ada turutan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya sehingga yang terakhir. Benarkah?

Turutan yang kebiasaan dilakukan oleh penunggang motosikal;

  • Berjalan di luar.
  • Menghidupkan enjin.
  • Pakai jaket.
  • Pakai sarung tangan. Gloves on.
  • Lupa topi keledar ada atas tempat duduk.
  • Diam sejenak…
  • Tanggalkan sarung tangan.
  • Pakai topi keledar.
  • Pakai sarung tangan semula.
  • Lupa pakai penyumbat telinga.
  • Mula menyumpah seranah.
  • Tanggalkan sarung tangan.
  • Tanggalkan topi keledar.
  • Pasang penyumbat telinga.
  • Pakai topi keledar.
  • Pakai sarung tangan.
  • Memecut seakan baru dilepaskan di lampu merah di garis permulaan MotoGP

Dan perkara yang paling membingungkan, kenapa anda masih rasa stress walaupun sedang menunggang motor.

2. Apa Bunyi Bising Tu?
Memang menyeronokkan apabila dapat memecut dan membelah angin, menyejukkan anda. Tunggu, bunyi apa yang bising tu? Oh… tali dagu topi keledar rupanya. Jangan bimbang, masalah ini bukan berlaku hanya kepada anda seorang. Semua pernah alami yang sama.

3. Cabut Plag
Plag telinga atau penyumbat telinga antara perkara penting yang perlu ada semasa menunggang. Namun, ia ada masanya memberikan masalah. Kalau disumbat terlalu dalam untuk memastikan ia tidak terkeluar atau terjatuh, anda boleh mendengar semua yang terjadi di salur telinga.

Baru menunggang satu kilometer, timbul masalah. Plag mula jatuh dan memberikan ruang untuk udara memasuki saluran telinga menjadikan bunyi terlalu bising. Anda cuba memasukkan semula tanpa membuka topi keledar kerana khuatir penyumbat telinga akau terkeluar.

4. Perut Meragam
Berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak dan berehat sebentar. Selesai semua, anda bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan sehinggalah perut anda memberi isyarat ianya perlu untuk ke tandas dengan segera. Awalnya, anda tidak mempedulikannya kerana beranggapan masih boleh meneruskan perjalanan.

Akhirnya, anda terpaksa mengalah kerana perut anda lebih degil dan tiada masa untuk ditangguh lagi.

5. Berteka-Teki Dengan Hujan
Sewaktu meninggalkan kawasan rumah, matahari bersinar indah di langit. Cuaca panas yang cukup sesuai untuk menunggang motor. Anda tetap menyimpan sut baju hujan dalam kotak motor. Indahnya hari ini, mungkin itu yang anda katakan sebelum memulakan perjalanan.

Tiba-tiba, anda dapat mengesan kawasan hujan di hadapan. Tidak menunggu lama, anda berhenti dan memakai sut baju hujan disimpan tadi sebab tidak mahu basah lenjun dalam hujan nanti. Semuanya lengkap. Seluar, jaket dan juga but hujan. Ketika ini, anda sudah pun berpeluh macam sedang menyertai maraton. Tak mengapa, perjalanan perlu diteruskan.

Masalanya sekarang, awan mendung dan gelap tadi semakin jauh ke hadapan. Sut baju hujan yang dipakai tadi pula berterbangan di udara seperti anda memakai payung terjun dan membuatkan penunggang motosikal lain beranggapan anda tersalah mendarat.

Jadi, anda berhenti untuk membuka sut baju hujan tadi. Namun, beberapa minit kemudian sedang anda seronok menunggang. Tiba-tiba hujan turun selebat-lebatnya.

Apalah nasib?

Previous Post

KTM 990 Duke R sedang Dibangunkan?

Next Post

Enjin Kereta Berbeza Dengan Enjin Motosikal Dan Berbahaya Jika Digunakan

Next Post

Enjin Kereta Berbeza Dengan Enjin Motosikal Dan Berbahaya Jika Digunakan

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved