Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

4 Perkara Perlu Diketahui Oleh Setiap Penunggang Motosikal

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-08-03
in BULETIN, UTAMA
0


Motosikal merupakan salah satu pengangkutan utama di negara ini kerana ia adalah cara yang paling mudah untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Dengan kesesakan lalu lintas yang sukar dielakkan dan jalan-jalan kota yang sempit, ia bukan sesuatu yang menghairankan jika ramai yang memilih untuk menggunakan motosikal walaupun mereka telah memiliki kereta.

Seperti kenderaan yang lain, motosikal juga terdedah kepada kejadian haus dan lusuh, kecurian, kerosakan dan kemalangan. Risiko di jalan raya bagi penunggang-penunggang motosikal adalah lebih tinggi berbanding dengan pemandu kereta kerana ketiadaan pintu dan rangka luar yang dapat melindungi mereka dan kenderaannya. Mereka juga terdedah kepada elemen luaran. Inilah sebabnya perlindungan insurans yang mencukupi dan bersesuaian adalah cara terbaik untuk mengurangkan risiko-risiko tersebut. Justeru, berikut adalah beberapa panduan yang penting berkenaan insurans motosikal untuk anda.

1- Fahami keperluan perlindungan anda – Murah tidak semestinya lebih baik!
Pemilik-pemilik kenderaan mungkin berfikiran bahawa pilihan yang paling murah adalah lebih baik dari segi kewangan, tetapi pada kenyataannya, perlindungan insurans mereka adalah di bawah nilai sebenar kenderaan ketika insurans dibeli (underinsured). Ini bermakna mereka tidak boleh mendapatkan jumlah tuntutan penuh. Seperti insurans kereta, pemilik boleh dikenakan denda dan jumlah tuntutan akan ditolak mengikut kadar nilai insurans terkurang mengikut pelan mereka.

2 – Ketahui skop perlindungan
Perlindungan motosikal adalah tidak serumit kereta. Perlindungan kereta boleh merangkumi perkakasan seperti cermin sisi, cermin depan, tempat duduk kanak-kanak dan sebagainya. Walau bagaimanapun, persamaan di antara perlindungan kereta dan motosikal secara amnya adalah melibatkan kehilangan atau kerosakan disebabkan oleh kebakaran, kecurian atau kemalangan, kecederaan atau kematian pihak ketiga, dan kehilangan dan kerosakan harta milik pihak ketiga.

3-Keperluan Perlindungan Tambahan
Lazimnya, pertanyaan bagi mendapatkan perlindungan tambahan yang memerlukan bayaran tambahan pastinya akan dibalas dengan jawapan ‘TIDAK’. Walaupun, ramai penunggang motosikal berpendapat bahawa perlindungan tambahan adalah tidak diperlukan, namun begitu, ia mungkin menjadi satu pelengkap untuk memastikan pemilik-pemilik mendapat perlindungan secara menyeluruh kepada pelan sedia ada. Bagi pemilik-pemilik motosikal, perlindungan tambahan kepada pembonceng contohnya adalah penting untuk memastikan adanya perlindungan kepada keluarga atau orang tersayang. Perlindungan tambahan untuk banjir juga adalah penting, terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan yang mudah mengalami banjir.

4-Apa lagi yang melebihi perlindungan biasa
Memandangkan penunggang-penunggang motosikal mempunyai risiko yang tinggi dan lebih terdedah kepada kemalangan setiap kali mereka berada di jalan raya, cadangan untuk mendapatkan insurans Kemalangan Peribadi (Personal Accident/PA) bukanlah sesuatu yang buruk. Ia memberikan pampasan kepada pemilik jika berlakunya kecederaan, kehilangan upaya atau kematian yang disebabkan oleh kemalangan. Ini dapat memberikan ketenangan kepada ahli keluarga atau penunggang daripada dibebani dengan masalah kewangan apabila berlakunya kemalangan. Ia juga memberi perlindungan untuk perbelanjaan pengkebumian dan lumpuh seluruh badan. Jadi, insurans kemalangan peribadi adalah sesuatu yang harus dipertimbangkan sebagai tambahan kepada pelan insurans yang sedia ada.

Untuk memastikan perlindungan yang mencukupi, anda haruslah mengetahui dengan lebih mendalam tentang pelbagai polisi yang ditawarkan oleh penjual insurans. Kekalkan keselamatan di jalan raya dengan cara yang mudah seperti mematuhi lampu isyarat, memastikan semua lampu berfungsi dengan baik dan jika ada, gunakan lorong-lorong motosikal yang disediakan.

Untuk insurans motosikal yang terbaik, lihatlah Polisi Motosikal Komprehensif Liberty Insurance yang memberikan perlindungan kepada motosikal ke atas kehilangan dan kerosakan disebabkan kemalangan, kebakaran dan kecurian; kecederaan dan kematian pihak ketiga; dan kehilangan dan kerosakan harta benda pihak ketiga.

Previous Post

Enjin Kereta Berbeza Dengan Enjin Motosikal Dan Berbahaya Jika Digunakan

Next Post

Bakal Beraksi Dalam Tiga Pusingan di Austria dan Great Britain

Next Post

Bakal Beraksi Dalam Tiga Pusingan di Austria dan Great Britain

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved