Baru-baru ini, Moto Guzzi telah mendedahkan versi terkini V85 TT yang dikemaskini dengan beberapa perubahan minor tetapi amat penting untuk tahun 2021. Perubahan ini termasuk pematuhan norma mandatori (emission) dan beberapa penambahan kemaskini bahagian elektronik.
Menurut pengeluar motosikal dari Itali itu, enjin yang digunakan kini menghasilkan tork rendah dan pertengahan tetapi tiada nombor tork yang spesifik dilaporkan. Sebelum ini, ia dijana oleh enjin 853cc, penyejukan udara, transverse V-twin yang menghasilkan 80hp dan tork 81.3Nm.
Beberapa ciri masih dikekalkan dari model sebelumnya tetapi rim dan tayar pada motosikal ini telah ditukar. Selain itu, motor ini juga mendapat dua mode penunggangan terbaharu iaitu Sport dan Custom menjadikan semuanya 5 mode penunggangan.
Sumber : Autocar