Yamaha Motor Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran Coverset Edisi Terhad untuk model paling top Yamaha LC135Fi, khas buat peminat setia yang menghayati semangat perlumbaan jentera Yamaha.
Rekaan coverset ini diilhamkan sepenuhnya daripada jentera perlumbaan Yamaha, menampilkan gaya yang agresif, moden dan berprestasi tinggi. Ia hadir dalam dua pilihan warna menarik:
• Yamaha Team ASEAN Blue – Padu dan bertenaga, menyerlahkan jiwa perlumbaan sejati Yamaha.
• Redracer – Menyerlah dan dominan, sesuai untuk penunggang yang berani dan penuh
keyakinan.
Untuk info, model Yamaha LC135 merupakan jentera yang cukup ikonik di Malaysia. Legasi ini diteruskan dengan pengenalan Yamaha 135LC Fi generasi terbaru yang hadir dengan suntikan bahan api dan rekaan ciri-ciri utilitarian baharu untuk keperluan para penunggang Malaysia yang moden. Jentera ini masih dikuasakan oleh enjin klac automatik 135cc baharu dengan suntikan bahan api dan sejukan cecair, mematuhi piawaian EU4 untuk meningkatkan lagi prestasi enjin yang lebih lancar.
Menerusi penampilan rekaan ‘coverset’ edisi khas ini, ia bukan sekadar pelengkap aksesori namun ia merupakan simbol gaya, karakter dan kebanggaan pemilik Yamaha LC135Fi. Diilhamkan dari jentera perlumbaan Yamaha, rekaan coverset terbaharu ini membangkitkan semangat, keyakinan dan menjadikan motosikal anda satu pernyataan peribadi.
Bagi pasaran tempatan, model Yamaha 135LC kekal pada harga RM8,298 (versi standard) sementara bagi mereka yang mahu mendapatkan Coverset Edisi Terhad ini anda boleh mendapati melalui Pengedar Sah Yamaha di seluruh negara pada harga RM480 sahaja.