Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Inisiatif Merevolusikan Pengangkutan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-03-05
in BULETIN, UTAMA
0

Aveta Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Eragene ICT Sdn Bhd bagi membekalkan motosikal elektrik yang terkini kepada warga universiti di dalam satu Majlis Sambutan Jubli Emas Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Zamberi Sekawi,Timbalan Naib Canselor, UPM.

Memorandum ini merupakan satu inisiatif Aveta Malaysia dengan Eragene ICT dalam merevolusikan pengangkutan dimana pelajar ditawarkan dengan alternatif yang lebih mudah, mesra alam dan kos-efektif untuk bergerak di sekitar kampus. Majlis menandatangani MoU ini telah disaksikan olehYBrs. Prof. Madya Dr. Nor Azwady Abd Aziz, Dekan Fakulti Sains, UPM.

Kerjasama antara Aveta Malaysia dan Eragene ICT menandakan komitmen bersama terhadap tanggungjawab memelihara kemampanan dan kelestarian alam sekitar selain memperkasa inovasi bagi mempromosikan penggunaan teknologi hijau dikalangan komuniti warga universiti.

Aveta Malaysia berperanan membekalkan motosikal elektrik model LX02, sebuah model terkini yang direka sesuai sebagai pengangkutan dalam bandar. LX02 ini dikuasakan oleh motor BOSCH 2050W, menawarkan penggunaan tenaga yang lebih efisien.

Ciri-ciri utama LX02:
• Sistem Bateri Dual: Mencapai kelajuan sehingga 60km/j dan merangkumi jarak perjalanan sehingga 150km dengan satu cas.
• Brek Cakera: Brek cakera hadapan dan belakang menyediakan keupayaan brek yang responsif dan boleh dipercayai.
• Paparan Digital LCD: Menawarkan maklumat penting seperti kelajuan, status bateri, dan butiran perjalanan kepada penunggang.
• Lampu hadapan LED: Memiliki daya ketahanan lebih lama serta pencahayaan lebih terang.
• Berat Kosong: Dengan berat hanya 71kg, LX02 memastikan kestabilan dan mudah dikendalikan.
Infrastruktur Pengecasan: Dijana oleh pek bateri lithium-ion 60V satu slot menerusi pengecasan penuh dalam tempoh 3jam.

Kehadiran model ini juga bagi menyokong penuh usaha Kerajaan yang memperkenalkan inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik dibawah kelolaan MARiiCas melalui pemberian rebat tunai sebanyak RM2,400.

Eragene ICT akan berkolaborasi dengan UPM untuk menetapkan infrastruktur pengecasan yang meluas di dalam kampus bagi memastikan warga universiti mempunyai akses yang mudah untuk mengecas motosikal elektrik mereka. Infrastruktur ini bertujuan menyokong keperluan pengangkutan di samping dapat mengurangkan “kebimbangan jarak” pengangkutan harian pelajar.

Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Malaysia, Encik Steven Lim berkata, “Aveta sangat bersemangat untuk berkolaborasi dengan Eragene ICT dalam mempromosikan penyelesaian mobiliti yang mampan. Dengan menyediakan motosikal elektrik kepada warga universiti, kami akan terus komited dalam merealisasikan usaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menjadikan Malaysia sebuah negara yang neutral karbon menjelang 2050. Kerjasama ini juga sejajar dengan komitmen kami untuk menyokong aktiviti kelestarian hijau untuk generasi yang akan datang.”

Previous Post

Kekal Dominasi CP150 Di Litar Jasin

Next Post

CAMK Berkunjung Ke Ibu Pejabat Polis Padang Terap

Next Post

CAMK Berkunjung Ke Ibu Pejabat Polis Padang Terap

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved