Kalau tiada salah, tiada masalah. Andai tidak membuat sebarang kesalahan atau melanggar undang-undang, tidak perlu takut berhadapan atau bertembung dengan pihak berkuasa khususnya pihak polis. Sebagai contoh, Club Antique Motor Kulim yang mengunjungi Ibu Pejabat Polis Padang Terap baru-baru ini.
Kunjungan seramai 15 orang ahli CAMK ini telah disambut oleh Sub Insp. Tuan Mohd Shukur Bin Yahya (Ketua Polis Balai Kuala Nerang, Kedah). Para peserta menerima kunjungan yang sangat baik dan berpeluang menjamu selera bersama-sama.
Memang benar bagai dikata, polis dan masyarakat berpisah tiada. Yang memisahkannya, hanya kesalahan yang dilakukan dan sebagai pihak berkuasa, tanggungjawab perlu dijalankan. Tanpa mengira pangkat mahupun saudara. Tahniah kepada CAMK kerana sering merapatkan jurang antara masyarakat atau lebih tepat lagi, peminat motosikal dan pihak berkuasa.