Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Inisiatif Kebajikan untuk Komuniti

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-01-22
in BULETIN, UTAMA
0

Bertempat di perkarangan Masjid Intan Safinaz, Kampung Lanai, Baling, Kedah telah berlangsungnya program Free Market Lanai 2.0 pada 18 Januari lalu. Bermula dari jam 2.00 petang hingga 4.30 petang, ia merupakan edisi kedua selepas kejayaan penganjuran pertamanya. Bertemakan “Beri atau Ambil Sahaja Secara Percuma”, program ini bertujuan untuk membantu masyarakat setempat dengan menyediakan pelbagai barangan keperluan secara percuma.

Dianjurkan oleh NVOG (Northern VOG) & Friends dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk masjid dan komuniti setempat. Matlamat utama program ini adalah untuk membantu golongan yang memerlukan dengan menyediakan barangan keperluan asas seperti pakaian, barangan dapur, alat tulis, makanan, dan minuman secara percuma. Pada masa yang sama, program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kebersamaan, saling membantu, dan melawan pembaziran dalam kalangan masyarakat.

12.00 Tengah Hari – Persiapan Awal
Ahli-ahli NVOG berkumpul di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan seperti Petronas Sungai Seluang di Lunas dan SK Kuala Pegang sebelum bergerak ke Kampung Lanai. Mereka turut singgah di gerai makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi utama, Masjid Intan Safinaz.

1.55 Petang – Ketibaan di Lokasi dan Persiapan Reruai
Setibanya di masjid, pasukan NVOG mula menyediakan reruai (booth) untuk mempamerkan dan mengedarkan barangan kepada pengunjung. Di samping itu, sebuah pameran motosikal turut diadakan sebagai tarikan tambahan untuk kanak-kanak dan pengunjung.

2.00 Petang – Pembukaan Rasmi Program
Program dimulakan secara rasmi pada jam 2.00 petang. Pengunjung yang hadir diberikan kebebasan untuk memilih barangan yang mereka perlukan tanpa sebarang bayaran. Semua barang yang disediakan adalah hasil sumbangan daripada ahli NVOG dan para dermawan.

Selain daripada pengedaran barangan percuma, beberapa aktiviti sampingan turut diadakan seperti Pameran Motosikal yang menjadi salah satu daya tarikan utama. Motosikal-motosikal diparkir dengan cantik untuk memberikan peluang kepada kanak-kanak dan pengunjung bergambar. Ini diikuti Fun Ride untuk Kanak-Kanak yang berlangsung dari jam 3.00 hingga 4.00 petang. Memberikan pengalaman unik kepada kanak-kanak apabila mereka dibawa menaiki motosikal mengelilingi kawasan masjid.

Aktiviti-aktiviti lain termasuk khidmat gunting rambut sebagai salah satu usaha membantu keluarga yang memerlukan, kit mewarna untuk kanak-kanak sebagai aktiviti santai dan kreatif sepanjang program berlangsung. Sekitar pukul 4.30 petang, para peserta bersiap untuk menunaikan solat asar sebelum pulang. Sebelum bersurai, penghargaan diberikan kepada semua yang terlibat khususnya para penyumbang dana dan rakan-rakan NVOG yang menjayakan program ini.

Program Free Market Lanai 2.0 ini bukan sahaja berjaya memberikan bantuan material, sebaliknya ia juga memperkukuhkan ukhuwah komuniti setempat. Kehadiran pelbagai lapisan masyarakat menunjukkan sokongan padu terhadap inisiatif kebajikan yang diadakan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa dan dana untuk memastikan program Free Market Lanai 2.0 ini berjalan dengan jayanya. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan diteruskan untuk kebaikan masyarakat pada masa akan datang.

Perkongsian : Fazrul NVOG

Previous Post

Mensyuarat Agung Club Antique Motor Kulim ke-10 & Harapan Baharu

Next Post

Kini Dengan Model E-Clutch, Tag Harga RM48K dan RM50K

Next Post

Kini Dengan Model E-Clutch, Tag Harga RM48K dan RM50K

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved