Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kini Dengan Model E-Clutch, Tag Harga RM48K dan RM50K

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-01-23
in BULETIN, UTAMA
0

Pernahkah anda terfikir bahawa jentera dalam segmen berkuasa besar kini lebih mudah untuk dikendalikan? Lebih mudah sekiranya, klac tangan secara manual boleh berubah menjadi secara auto atau kedua-duanya boleh diguna pakai.

Terbaharu, Boon Siew Honda Malaysia memperkenalkan dua model bersesaran 650cc iaitu CB650R dan CBR650R yang menggunakan E-Clutch. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apakah E-Clutch?

E-Clutch merupakan sistem elektronik terbaru yang telah pun dipertontonkan kepada umum pada awal Oktober lalu oleh Honda. Syarikat automatif terkenal dari Jepun itu mendakwa, ia merupakan teknologi pertama di dunia yang membolehkan penunggang untuk “hidup dan matikan enjin serta tukar gear (sewaktu bergerak) tanpa perlu menarik klac.

Sistem ini akan mengawal operasi clutch dengan lebih optimum ketika bermula / shifting / berhenti, dan dalam masa yang sama menawarkan pengendalian yang sama seperti klac yang ditarik secara manual. Dua jentera Honda iaitu CB650R dan CBR650R menjadi dua model pertama di Malaysia yang menggunakan E-Clutch, iaitu satu sistem klac daripada Honda yang membolehkan pengguna menukar gear tanpa menarik tuil tangan sewaktu memulakan pergerakan, bergerak ataupun berhenti.

Walaupun begitu, sebagai penunggang ’otai’ yang biasanya menggunakan klac tangan, anda tidak perlu risau kerana penggunaan manual atau menggunakan klac seperti biasa iaitu tuil klac tangan dan tuil gear masih tersedia bagi yang mahu merasai pengalaman terdahulu.

Sekalipun rekabentuk dan penampilan berbeza dua model ini masih memiliki persamaan iaitu enjin empat silinder 649 cc DOHC bersama padanan kotak gear enam kelajuan, mampu menghasilkan kuasa 94 hp pada 12,000 rpm dan 63 Nm pada 9,500 rpm. Malah tangki bahan api untuk kedua-dua model juga adalah 15.4 liter.

Di bahagian panel meter, terdapat informasi penting motosikal dipaparkan pada skrin TFT lima inci berwarna di bahagian kokpit, dan ia boleh disambung kepada telefon pintar melalui aplikasi RoadSync. Kedua-dua jentera ini juga turut menyediakan kelengkapan lain seperti soket USB-C, lampu jenis LED serta sistem kawalan cengkaman HSTC.

Memegang roda motosikal ini adalah suspensi Showa yang terdiri daripada fork USD SFF-BP 41 mm di hadapan dan monoshock dengan pelarasan pra beban di belakang. Tugas membrek dijalankan oleh set cakera berkembar 310 mm dengan angkup empat piston di hadapan dan cakera tunggal 240 mm dengan angkup satu piston di belakang. ABS diberikan secara standard.

CBR650R dan CB650R dijual pada harga berbeza dengan jentera dalam segmen ‘naked’ dijual pada tag harga RM47,999 sementera bagi mereka yang meminati segmen ‘racing’ pula CBR650R ditawarkan pada harga RM49,999 tidak termasuk insurans.

Pemilihan warna juga berbeza dengan model CB650R tersedia dalam pilihan tiga warna iaitu Matte Gunpowder Black Metallic, Matte Laurel Green Metallic dan Candy Chromosphere Red sementara CBR650R hanya terdapat dua pilihan warna iaitu Grand Prix Red dan Matte Gunpowder Black Metallic.

Previous Post

Inisiatif Kebajikan untuk Komuniti

Next Post

Gabungan Gaya Klasik & Keupayaan Moden

Next Post

Gabungan Gaya Klasik & Keupayaan Moden

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved