ROSE Riders telah melancarkan satu program konvoi bagi ahli-ahlinya di utara tanah air iaitu di Sungai Petani. Program “Jalinan Ukhuwah Permotoran Wilayah Utara” ini diadakan pada 27 November 2021 yang lalu dan melibatkan sebanyak 50 jentera.
Program konvoi ini bermula dari lokasi homestay di Sungai Petani hingga ke Pantai Merdeka yang kemudiannya ditamatkan di Dataran Sungai Petani. Menurut ucapan pemimpin kelab ROSE Rider, Bro Zass menyeru agar semua ahli sentiasa berfikiran positif dalam minat dalam dunia permotoran.
Menurut beliau lagi, hanya orang yang pentingkan kuasa dan nama sahaja bertindak negatif sekali gus menghancurkan sesuatu organisasi yang dibina. Bersatulah dalam ukhuwah permotoran berdasarkan minat masing-masing dan bukan kerana gelaran atau pangkat.
Ditubuhkan pada tahun 2018 berdasarkan ukhuwah, dakwah serta menitipkan sahsiah agar dapat membentuk ahli-ahli agar lebih bermaruah sebagai rider sejati yang disegani di kalangan peminat permotoran tanah air.
Jika ada yang berminat untuk berkongsi pengalaman dan mencipta kenangan bersama ROSE Riders, layari Facebook Republik Of Skyline Entertainment.