Desmo Owners Club Malaysia (DOCM) telah menganjurkan Desmo Cup yang diadakan sempena berlangsungnya pusingan Malaysia Superbike Championship. Diadakan sebanyak tiga pusingan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada bulan Julai, September dan Oktober lalu, perlumbaan ini mendapat kerjasama TOC Automotive College, Ducati Malaysia, Kratos Motorsport, K-Tec serta Toyo Lube selaku pembekal minyak pelincir Toyo Lube R Plus – MTEO 1050 R+ yang telah diuji dan dibuktikan kecemerlangannya sebagai minyak pelincir juara oleh para pelumba.
Penganjuran perlumbaan ini dilihat sebagai salah satu usaha yang baik untuk memberi peluang kepada para peserta mempamerkan kemahiran mengawal jentera dan dalam masa yang sama, menguji kehebatan motosikal Ducati milik masing-masing. Perlumbaan yang sama bakal diadakan pada tahun 2019 ini dengan penganjuran yang pastinya berkapasiti lebih besar dan lebih mengujakan.