Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Honda C90 Klasik, Old Get Better!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-29
in SHOW OFF, UTAMA
0

Suka atau tidak, kita terpaksa menerima hakikat bahawa acara bersifat permotoran telah mendorong ramai individu menceburkan diri dalam bidang modifikasi dan restorasi. Kalau dahulu, proses modifikasi hanya melibatkan kenderaan beroda empat, kini perkembangan dunia motosikal telah mencapai had agungnya. Seperti dalam keluaran lalu di mana sebuah Ego dijadikan bentuk skuter Bosozoku ala Jepun, kini versi restorasi asal Honda C90 tahun 1968 menerima pengubahsuaian klasik moden yang memukau.

Proses restorasi kenderaan lama kepada imej moden kontemporari biasanya berlaku bila alatganti asal mula mengalami kepupusan, tapi dalam situasi yang berbeza, pemilik sengaja mengambil ilham baru untuk lari dari kebiasaan dan tentu sahaja anda mahu perubahan yang ketara bila membuat satu. Contoh terbaik ialah proses restorasi penuh yang dilakukan oleh Md Dinata dari Subang ini.

Model Honda Cub C90 ni dibeli tak lama dahulu dengan tujuan khusus untuk mengubahsuainya mengikut selera moden. Sebaik dibawa pulang, enjin dileraikan untuk proses overhauled penuh. Motor pun dah lebih 50 tahun tapi bukan menjadi masalah kalau lambang Boon Siew Honda masih di situ. Honda Cub ni adalah motor paling lasak di dunia dan ia diiktiraf sebagai kejuruteraan motosikal terhebat untuk abad ke 20.

Setelah beberapa pembaikan kecil dilakukan, Md Dinata tidak lupa untuk melengkapkan bahagian-bahagian keluli motosikal ini dengan celupan krom. Ia termasuklah penutup enjin, tanki bahanapi, penutup bateri, ekzos berkembar dan juga bahagian kecil seperti cap lampu, cermin sisi dan besi pemegang belakang. Rim asal telah digantikan dengan rim aftermarket dengan lidi krom lebih rapat. Menjadi tipikal dan hasil kesan kromnya itu lebih menyerlah kerana bilangan ‘lidi’ yang lebih berbanding roda keluaran kilang 17 inci asal. Menggenapkan pengubahsuaian di bahagian penampilan ini ialah set suspensi belakang yang dipasang dengan jenis Kayaba buatan Thailand.

Setelah semuanya berada dalam keadaan sempurna, Md Dinata memilih konsep akhir untuk dikemaskan terhadap penampilan keseluruhan motosikal klasik ini. Konsep asas yang dipilih ialah warna emas yang menyelimuti setiap bahagian di samping formula akhir iaitu watak kartun Upin dan Ipin yang menggunakan kesan khas cat airbrush. Kerja-kerja ini dilakukan dengan cukup teliti sehingga ke pelapik kerusi, penutup bar hendal, mudguard depan dan juga cub yang asalnya dasar putih.

Sebagai sentuhan akhir, sepasang ‘saddle bag’ dipasangkan dikedua-dua sisi motosikal. Untuk mendapatkan skema konsep yang sekata, beg-beg ini diukir juga dengan watak Upin dan Ipin tadi dan akhirnya diletakkan dalam perumah buatan custom. Memang cukup bergaya bila diperagakan dengan konsep keseluruhan motosikal.

Apa yang bermula sebagai hobi kini menjadi semakin serius bila Md Dinata terlibat dalam banyak pertandingan sekitar Kuala Lumpur. Minatnya tidak terhenti setakat itu kerana jejaka ini sedang mengumpul modal untuk mendapatkan motosikal impiannya, Harley Davidson.

Previous Post

Arkib : Yamaha Ego Monster

Next Post

Diablo Rosso Sport dari Pirelli

Next Post

Diablo Rosso Sport dari Pirelli

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved