Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Diablo Rosso Sport dari Pirelli

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-13
in BULETIN, UTAMA
0

Tayar sukan Pirelli pertama segmen underbone dan jentera sehingga 400cc yang direka khusus untuk pasaran Asia dan para penunggang yang ingin menikmati pengalaman berlumba pada setiap hari. Diablo Rosso ™ Sport telah dilancarkan pada 17 Mac lalu di Buriram. Tayar terbaharu dari Pirelli ini mengandungi teknologi yang dibangunkan untuk kejohanan WorldSBK, sedia memasuki pasaran dengan gabungan sporty DNA Pirelli bersama cengkaman maksima untuk semua jenis keadaan jalan termasuk basah diikuti pengendalian yang cemerlang.

Selain itu, tayar Diablo Rosso™ Sport™ juga merupakan tayar sukan terbaik dengan struktur konvensional dalam pasaran termasuk cengkaman yang kemas pada keadaan jalan yang basah mahupun kering, kendalian yang lebih sporty dan diambil dari corak bunga Diablo Supercorsa. Pembangunan teknikal Diablo ™ Rosso Sport™ dari sudut profil, struktur dan corak bunga pada tayar bagi memastikan cengkaman paling maksima dalam setiap keadaan, pengendalian hebat, sokongan yang konsisten serta DNA sporty Pirelli pada permukaan basah.

Dalam masa sama, tayar Diablo Rosso™ Sport menjadi tanda aras baru corak bunga yang diambil dari satu lagi tayar keluaran Pirelli, iaitu Pirelli Diablo ™ Supercorsa dengan rekaan elemen petir. Cengkaman cemerlang untuk semua keadaan juga datang dari kepakaran perlumbaan pasukan Pirelli. Tayar yang dilahirkan untuk perlumbaan di litar yang juga dibina untuk kegunaan di atas jalanraya menggunakan hasil kaji selidik Pirelli dalam FIM Superbike World Championship sepanjang penglibatan selama 15 tahun sebagai pembekal tayar rasmi.

Diablo Rosso™ Sport merupakan pembangunan spesifik dengan pembinaan konvensional dan material yang dikenali sebagai barisan keluarga Diablo Rosso™ – Supercorsa™ dan Diablo Rosso™ III. Dari sudut teknologi dan inspirasi, ianya diadaptasi untuk underbone dan jentera sehingga 400 cc. Dengan Diablo Rosso™ Sport, Pirelli mengesahkan sasaran dan melebarkan lagi jenamanya dalam segmen tayar sukan di pasaran Asia menyempurnakan penyatuan nilai kesukanan yang disokong dengan rekaan corak bunga mengikut garis panduan FIM Superbike World Championship dan didedikasikan khas untuk pelumba profesional dengan prestasi hebat sama ada di atas permukaan jalan yang basah ataupun kering.

Golongan sasaran untuk tayar Diablo Rosso™ Sport ini adalah pelumba yang mengikut trend serta bergaya khususnya golongan muda yang lebih mementingkan gaya dan mempunyai motor sporty. Golongan penunggang ini menggunakan motor sepanjang tahun untuk bergerak dan menjadikannya sebagai mobiliti urban. Mereka mahukan cengkaman yang kemas dalam semua keadaan termasuk jalan yang basah, sentiasa tampil sporty serta menggunakan motor underbone di antara 50 hingga 150cc. Golongan kedua pula, khusus untuk peminat replika lumba yang mahu tayar membantu mereka bergerak lebih laju, lebih rendah serta menguasai penunggangan. Mereka melaburkan duit ke atas modifikasi motor dan mahukan produk terhebat, termasuk pengendalian yang cemerlang serta bergerak hebat di atas permukaan jalan yang basah.

Previous Post

Honda C90 Klasik, Old Get Better!

Next Post

Retromania Grand Gathering 2019 Cipta rekod Malaysia Book Of Records

Next Post

Retromania Grand Gathering 2019 Cipta rekod Malaysia Book Of Records

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved