Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Arkib : Yamaha Ego Monster

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-29
in SHOW OFF, UTAMA
0

Beberapa tahun lalu, Nik Mohd Azhar telah membeli sebuah Yamaha Ego untuk kegunaan harian. Skuter automatik kecil berkapasiti 115cc ni laju mana lah sangat. Setakat nak pergi kedai beli santan, makwe-makwe pakai kain senang naik, kecil dan senang tunggang. Cuba pulas habis pendikitnya, paling laju pun mungkin 110km/j itupun jenuh menunduk, superman dan seangkatan dengannya.

Sebab itulah skuter begini jarang anak muda buat merempit. Nik Mohd Azhar yang asalnya buat pakai hari-hari mula dapat idea bila membelek majalah modifikasi motosikal dalam dan luar negara. Dari situ timbul ilham untuk mengubahsuai skuter ini pada tahap yang tidak boleh dibayangkan. Ia mengingatkan saya tentang istilah ‘Bosozoku’ yang merupakan komuniti mat rempit di Jepun era 90-an yang gemar mengubahsuai motosikal, skuter dan membuat bising di bandar.

Menjadikan Ego pada skala ini memerlukan banyak pengorbanan masa dan kerja penyelidikan. Tidak seperti di luar negara, malah Indonesia sekalipun, banyak kit, pepalang yang dijual untuk menjadikan moto long wheelbase atau memendek, merendah dan meninggikannya sangat susah didapati. Peralatan yang dijual di sini sangat terhad. Sebenarnya, modifikasi sebegini walaupun sudah mula popular tetapi masih dianggap sebagai satu bentuk pengubahsuaian yang baru.

Langkah pertama yang dibuat oleh Nik ialah menyediakan platform terlebih dahulu. Seluruh bahagian rangka motosikal dan enjin diceraikan. Dalam kebanyakan pembinaan skuter, enjin merupakan sebagai dari struktur kerangka yang menghubungkan roda belakang. Bila diceraikan, bermulalah lakaran awal untuk menolak posisi enjin ni hampir 12 inci ke belakang.

Enjin diletak di atas kerangka sementara di bengkel. Dari situ sebuah kerangka buatan custom diukur untuk menjadi komponen sokongan yang akan menghubungkannya dengan casis depan. Semuanya perlu tepat supaya pengendalian akhir nanti tidak terjejas. Serentak dengan itu, penyangga enjin baru dibuat dan sebatang penyeraphentak Yamaha LC135 diubahsuai untuk dimuatkan sebagai gantungan belakang skuter ini.

Enjin mengalami beberapa penambahan seperti kemasukan penapis udara jenis terbuka dari K&N yang lebih kecil dari unit kekotak asal. Sebuah oil catch tank Greddy dipasang untuk menyimpan sementara pelincir dari enjin, sistem ekzos diseliakan semula dengan pemadanan set peredam custom dan paip yang ditempah khas mengikut bentuk skuter ini.

Bahagian kosmetik yang kekal untuk motosikal ini hanya tinggal di bahagian tengah sahaja. Platform custom telah dibuat dengan mengubah dapra belakang dan depan menggunakan bahan gentian kaca yang ekstensif. Rekaannya mengikut tema modifikasi Burgman saya rasalah. Dan untuk menambah gaya yang lebih ekstrem, roda-roda diganti dengan rim kereta ala Sprinthart 15 inci yang dipasangkan dengan tayar ‘Kelisa’ 165/50/15 jenama Falken.

Kemasukan roda baru ini menjadikan skuter ini lebih ‘besar’ dari yang sepatutnya dan menjejaskan aliran kuasanya. Baiklah. Jika anda ingin membina sesuatu yang cantik seperti ini, kelajuan adalah aspek yang perlu diletak di senarai terakhir. Kebanyakan masa, motosikal begini hanya akan berada di petak pameran dan konvoi jarak dekat. Tiada pemilik yang kisah kalau pun hanya boleh memecut 60km/j sekalipun!

Sebenarnya, saya suka melihat gaya bebas sebegini dibuat pada skuter. Trend moto cub klasik nampaknya perlu dipelbagaikan dengan corak pengubahsuaian yang berbeza. Pada acara Bingit Fest di Titiwangsa baru-baru ini kami dapat melihat tema pengubahsuaian yang sangat pelbagai. Jadi, tunggu saja, pada keluaran akan datang. Banyak bahan menarik untuk anda!

Previous Post

Koyoko

Next Post

Honda C90 Klasik, Old Get Better!

Next Post

Honda C90 Klasik, Old Get Better!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved