Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Honda C50, Terkukur Kuning Sungai Petani

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-12-15
in BULETIN, UTAMA
0

“Motosikal lama arwah abah ni sudah banyak kali bertukar tangan. Seingat saya, motor ni digunakan di kalangan adik beradik sebelah bapa selepas dia tiada. Selepas itu, saya pun tak pasti, di mana kedudukannya. Sehinggalah pada akhirnya saya dapat tahu, motor arwah abah hanya tersidai di sebalik tiang rumah salah seorang adik-beradiknya,” ujar Agon memulakan bual bicara bagi mengisi ruang halaman Show Off kali ini.

Jentera Honda C50 atau dalam kalangan peminat di sebelah Utara dikenali dengan ‘Honda Terkukur’ sudah pun berusia 59 tahun. Jentera itu juga menjadi saksi kenangan peribadi antara Agon dan bapanya, Ramlee Sahid. Mengenangkan memoir lama bersama arwah bapa, Agon atau nama sebenarnya Muhammad Syawan Ramlee, nekad untuk membawa pulang dan membaik pulih motosikal milik arwah bapanya itu.Nama Agon sebenarnya cukup dikenali dengan julukan ‘jurutera’ audio kereta sehingga dia mengambil keputusan untuk berjinak-jinak dalam dunia perniagaan audio di Sungai Petani. Anak kelahiran Sungai Petani, Kedah pada awalnya memiliki hobi menghasilkan audio kereta bagi para pelanggan sekitar kampung seterusnya mendapat peluang untuk berkerja di sebuah kedai aksesori kereta di sekitar kawasan itu.

Bermula dari situ, nama Agon kian dikenali oleh pemilik kereta atas kreativitinya dalam menghasilkan audio kereta yang kemas dan menarik. Malah hasil kerja yang dihasilkan cukup kemas sehingga mendapat pujian dari para pelanggannya.

Setelah semakin lama mencipta dan menghasil bunyi untuk jentera 4 roda, minatnya semakin bercambah untuk terus mengembangkan bakat seni dan aspirasinya kini beralih kepada jentera dua roda pula. Menyentuh mengenai pembaharuan ke atas jentera Honda C50, Agon menjelaskan bahawa jentera yang didaftarkan pada tahun 1963 memakan masa yang agak lama untuk membuat ‘restoring’ atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

“Memang pada awalnya proses ‘restore’ Honda C50 memakan masa yang agak lama. Bermula dengan masalah PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pada awal tahun 2020 dulu. Ia ditambah dengan alat ganti yang sukar dicari. Salah satu alternatif yang saya ada hanyalah menerusi pembelian secara online.”

“Namun dalam masa yang sama juga, saya juga menghadapi kekangan dalam urusan kewangan. Maklumlah, masa PKP tak de banyak sumber yang masuk, jadi terpaksalah ditunda untuk membaik pulih Honda C50 ini.”

Menurut Agon, Honda C50 pada asalnya berwarna ungu. Namun selepas ‘tersidai’ sekian lama, warnanya kurang merecik manakala banyak komponen dan bahagian motosikal terpaksa diganti dengan yang baharu.

“Bukan sahaja masalah masa dan kewangan, untuk mencari komponen yang bersesuaian juga turut memakan masa kerana saya terpaksa mencari bahagian-bahagian tertentu untuk disesuaikan dengan jentera ini. Semua saya lakukan sendiri. Dari kimpalan, gubahan struktur, pilihan warna, komponen mana yang sesuai hanya bersandarkan kreativiti saya sendiri,” ujarnya lagi.

Pilihan warna Kuning Mutiara (kod warna) adalah pilihan Agon. Warna itu disifatkan mampu membangkitkan minat dan rangsangan bukan sahaja kepada pemilik malah pemerhatian peminat ke atas motosikal terbabit. Sementara enjin yang bersesuaian dengan Honda C50, Agon memilih komplikasi enjin Honda EX5 yang disifatkan sesuai dan tidak membebankan untuk dilengkapkan dengan kacukan komponen sedia ada.

“Untuk menyiapkan hasil kerja ‘restore’ Honda C50 ini, saya mencari beberapa komponen dari luar negara seperti di Thailand, Indonesia dan juga Vietnam. Sebagai contoh, bagi pelana tempat duduk, saya membeli secara online di Thailand. Begitu juga dengan lampu belakang (Vietnam) manakala bagi kesesuaian lampu depan, saya terpaksa berhubung dengan penjual di Indonesia.

“Kiranya Honda C50 saya ini mempunyai DNA dari pelbagai negara di Asia Tenggara,” ujar Agon yang secara jujur mengakui jentera lejennya kini tinggal 10 peratus untuk disiapkan.
Bukan itu sahaja, Honda C50 milik Agon juga mempunyai kacukan dari jentera Honda EX5. Selain enjin, karburetor yang dipilih adalah dari jenis Makuni TS125. Rim sukan samada di depan dan belakang menggunakan Aloi Comstar 1.4/17 manakala arm belakang dipadankan dengan arm EX5 Dream jenis krom.

Tidak terhenti di situ, C50 kini berwajah lebih segar dengan keseluruhan barangan atau komponen yang ditukar, banyak menggunakan jenis warna crome. Solekan itu, turut dipadankan dengan tayar depan dan belakang dari jenama FKR pada saiz 225/17. Bagi menaikkan ‘seri’ motosikal, penggunaan pelapik tangan dan pemulas minyak (throttle) menggunakan jenama Daytona.

Manakala suspensi belakang dipadankan dengan penyerap hentakan jenis KYB. Bagi menampakkan Honda C50 lebih menyerlah, buyung di bahagian depan diadaptasi dari model Yamaha 125 manakala buyung di bahagian belakang dipadankan dengan model EX5 Dream.

Ketika diajukan pertanyaan, bila Honda Terkukur Kuning C50 ini akan menemui peminat motosikal rare tempatan, Agon membayangkan untuk menjaja peminat di bahagian utara terlebih dahulu, sebelum menemui peminat di kawasan lain pula.

Sekilas Fakta
Jenis Motosikal : Honda
Model: C50
Tahun: 1963
Gelaran: Terkukur Kuning
Enjin: Kacukan Model Honda EX5
Kaburator: Mukuni TS 125
RIM: Aloi Comstar 1.4/17
AMP: Crom EX5 Dream
Buyung hadapan: Crom Yamaha 125
Buyung belakang: Crom Honda EX5 Dream
Tayar: FKR Saiz 225/17

Previous Post

Motosikal Elektrik Unik Eysing PF40, Bukan Sekadar Sebuah Motosikal Elektrik Berseni!

Next Post

Konsep Mana Satu Tarik Perhatian?

Next Post

Konsep Mana Satu Tarik Perhatian?

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved