Kejayaan menganjurkan KAWA Bersidang 1.0 di Lapako Tanjung Malim dan KAWA Bersidang 2.0 di Murtabak Cheese Muar, Johor telah membakar semangat pihak penganjur untuk menganjurkan KAWA Bersidang 3.0, lebih besar dan lebih meriah. Dianjurkan oleh Superkips Owner Club Malaysia (SOCM), KAWA Bersidang 3.0 ini telah berlangsung pada 25 November lalu.
Bertempat di Esport Youth Cabin Bertam Kepala Batas di Pulau Pinang, program ini dimulakan pada pukul 5.00 petang dan berlanjutan sehingga pukul 11.00 malam. Kehadiran para peminat jentera Kawasaki amat menggalakkan. Dianggarkan sebanyak 400 buah jentera Kawasaki telah hadir bagi menghangatkan lagi acara pada kali ini.
Pelbagai aktiviti telah disusun oleh pihak penganjur serta pihak Esport Youth Cabin termasuk Motorshow, Cabutan Bertuah, pertandingan Esport serta jualan baju program. Bukan sahaja dapat menghimpunkan peminat dan pemilik jentera Kawasaki, program ini juga mengukuhkan ukhuwah serta bertukar-tukar pandangan. Ada peserta yang datang dari Kuala Lumpur, Perak dan juga utara Malaysia.
Bagi makluman, KAWA Bersidang 3.0 ini mendapat tajaan dari Tobaki Racing, Estrimo Koyoko serta FT Garage. Acara melabuhkan tirai dengan segmen cabutan bertuah serta penyampaian hadiah kepada para pemenang Motorshow pada pukul 11.00 malam. Terima kasih diucapkan kepada kru dan juga pihak Tobaki Racing. Semoga dapat bertemu lagi di penganjuran KAWA Bersidang 4.0 yang dijadualkan berlangsung di Kuantan, Pahang!