“MEMANG sebelum ini, saya tak pernah merasa menang dalam apa-apa peraduan atau Cabutan Bertuah. Ini adalah kali pertama saya menang dan lebih menarik lagi, hadiah yang saya terima adalah sebuah motosikal,” ujar Muhammad Khairuldin Zulkefli, pemenang tunggal bagi Cabutan Bertuah Peraduan GIVI 2Million Celebration yang diadakan sehingga Disember ini.
Penyelia berusia 33 tahun yang berkhidmat di sebuah syarikat keselamatan di ibukota, berjaya mengatasi lebih 700 peserta Lucky Draw Winner untuk meraih sebuah motosikal jenama Honda ADV160 Edisi Terhad pada kempen 2Million Celebration anjuran GIVI.
Menurut Khairuldin yang menetap di Setapak, Kuala Lumpur, dia seolah-olah tidak percaya dan nekad untuk menghadirkan diri pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan di butik baharu GIVI di Jalan Maarof, Bangsar.
“Terima kasih GIVI kerana menjadikan majlis ini momen paling indah seumur hidup saya,” ujarnya yang baru memasang GIVI Boks Gold Edition semata-mata untuk menyertai konvoi GIVI dan menyaksikan saingan MotoGP yang berlangsung di Sepang baru-baru ini.
Majlis Cabutan Bertuah sesi pertama bersiaran langsung di Facebook GIVI bersempena dengan kempen “2 MILLION CELEBRATION” kotak simpan GIVI yang telah berjalan sejak bulan Mei yang lalu. Untuk info, kempen ini dijalankan sebagai penghargaan kepada rakyat Malaysia amnya dan pemilik serta mereka yang baharu memiliki kotak model GIVI B32Gold Edition.
Pada kempen tersebut, GIVI menawarkan hadiah sebuah motosikal Honda ADV160 Edisi Terhad (cabutan pertama) termasuk tandatangan oleh bekas pelumba motosikal terkemuka dunia, Lucio Cecchinello. Manakala bagi cabutan kedua bagi kempen GIVI “2 MILLION CELEBRATION”, ia menawarkan sebuah motosikal Yamaha Y16ZR Edisi Terhad yang dijangka berlangsung pada bulan Disember depan.