Diwujudkan khas oleh pemilik jentera Benelli untuk semua jenis model motosikal Benelli di seluruh Malaysia khususnya di bahagian Sentral, Raiderz Benelli Crew Legacy (RBCL). Tanpa mengira sama ada yang sudah memiliki atau dalam proses untuk memiliki model-model keluaran Benelli seperti RFS,150S, R18i.
Dinaungi oleh presidennya, Encik Azman atau lebih dikenali sebagai Burn, RBCL Group yang bertapak di Selangor, Kuala lumpur dan Putrajaya ini ditubuhkan untuk menghimpunkan para pemilik jentera Benelli di bawah satu bumbung yang sama.
Pelbagai program dan aktiviti disusun sepanjang tahun untuk disertai ahli-ahli kelab. Antaranya seperti konvoi, Family Day, Track Day dan macam-macam lagi. Walaupun khusus untuk pemilik jentera Benelli, RBCL Group turut mengalu-alukan semua peminat dua roda untuk sama-sama berkongsi maklumat dan pengetahuan demi kebaikan bersama.