Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Himpunan Pemilik Honda Goldwing, Cipta Kenangan Sambil Menikmati Keindahan Kedah!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-10-24
in BULETIN, UTAMA
0

Baru-baru ini, negeri Kedah telah dipilih sebagai tuan rumah untuk penganjuran program 19th Wingers Camaraderie yang berlangsung selama tiga hari bermula bermula dari 13 hingga 15 Oktober. Bagi memastikan program sentiasa meriah, pihak penganjur telah menyusun pelbagai aktiviti yang sudah tentunya menyeronokkan.

Dipengerusikan oleh En. Mohamad Sharini Bin Mohamad Sharif selaku penganjur Northern Winger. Program dimulakan pada hari pertama iaitu 13 Oktober yang jatuh pada hari Jumaat dengan segmen pendaftaran di Grand Alora Hotel yang juga menjadi penginapan para peserta.

Setelah selesai pendaftaran, para peserta mengambil peluang ini untuk beramah mesra di antara satu sama lain. Sebelum ini, program yang sama telah diadakan di Phuket, Thailand. Pada kali ini, seramai 530 orang peserta dari Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Arab Saudi telah menyertai Wingers Camaraderia. Lebih istimewa lagi, ia turut disertai para peserta dari America Syarikat, Filipina, Switzerland dengan jumlah sebanyak 320 buah motosikal Honda Goldwing.

Program yang sebenarnya berlangsung pada hari kedua iaitu pada 14 Oktober yang dimulakan seawal pukul 9.30 pagi di hadapan Grand Alora Hotel yang menyaksikan majlis pelepasan para peserta dengan kehadiran Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md. Nor bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah, YB Dato’ Haji Mohd Salleh Bin Saidin dan Datuk Bandar Alor Setar, Ybhg Dato’ Haji Mohd Yusri bin Hj Md Daud. Majlis pelepasan para peserta ini disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohd Salleh bin Saidin.

Konvoi turut disertai oleh Menteri Besar Kedah yang bersama-sama peserta ke Dataran Alor Setar, berhadapan Masjid Zahir yang disambut oleh Datuk Bandar Alor Setar. Acara diteruskan dengan acara sampingan iaitu Stunt Show dari Honda Goldwing, Tun Shahir di hadapan para peserta dan pengunjung Muzium DiRaja Kedah serta bergambar kenangan.

Program begini secara tidak langsung dapat menyemarakkan lagi sektor perlancong dan dalam masa yang sama, memeriahkan ekonomi di Kedah. Setelah selesai di Dataran Alor Setar, para peserta bergerak ke Menara Alor Setar. Di sini, para peserta berpeluang melihat panorama yang mempersonakan dengan kehijauan sawah padi dan menikmati pemandangan bandar Alor Setar.

Seterusnya, para peserta menyambung semula konvoi menuju ke Tasik Darulaman yang terletak di Jitra untuk makan tengah hari. Setelah selesai makan tengah hari, para peserta menuju pulang ke hotel penginapan untuk persiapan di sebelah malamnya pula di Grand Alora Hotel untuk makan malam atau Grand Dinner.

Ribuan terima kasih kepada penaja utama iaitu Golden Value Venture, Motorcycle Sales Centre, GL Cycle Sales & Service, Nadi Ayam Distribution Sdn Bhd, Puncak Utara Sdn Bhd, Ain Optometry dengan kerjasama YDH CP Dato’ Fisol bin Salleh, Ketua Polis Kedah Bahagian Perancang Ekonomi Neg Kedah, JKR, RELA, MBAS, Malaysia Tourism Board, Kedah Tourism.

Pada hari ketiga, semua peserta berangkat pulang dengan membawa kenangan selama 3 hari berada di negeri Kedah. Sehingga berjumpa lagi di tahun 2024 nanti yang dianjurkan pula oleh Goldwingers Singapore.

Previous Post

KYB Raikan 40 Tahun Yang Cemerlang Di Malaysia

Next Post

Himpunan Pemilik Benelli Di Bawah Bumbung Yang Sama

Next Post

Himpunan Pemilik Benelli Di Bawah Bumbung Yang Sama

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved