Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Harley Olskool

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-01-25
in SHOW OFF, UTAMA
0

Sebenarnya saya kurang arif dengan trend motosikal olskool dari Amerika. Hanya apabila bersembang lama dengan pemilik motor ini barulah saya sedar, ia mempunyai pengikut yang tersendiri. Motosikal ini bukan sahaja susah diperolehi malah harganya juga dalam kategori tak masuk akal.

Pertama, bilakah motosikal ini dilahirkan?

Tahun 1976. Ya. Dilahirkan lebih 40 tahun dahulu di Amerika, Harley Davidson Shovelhead ini adalah antara model yang dipilih sebagai bahan koleksi di seluruh dunia khususnya pengumpul Harley. Pemiliknya, Rudy Helmy Hj Ismail merupakan peminat tegar Harley Davidson ini turut memiliki sebuah model Street Glide. Jadi apa yang mendorong orang membeli sebuah motosikal yang harganya kini hampir mencecah 6 angka? Sudah tentu minat. Ia bermula dengan motosikal pertamanya, Yamaha Virago 535 yang dimodifikasi dengan corak custom. Fitrah biasa bagi peminat easy rider, jika bukan Harley, sifatnya memang tidak akan cukup.

Rudy menjual Virago tersebut pada 2013, bukan untuk membeli motor lain sebaliknya untuk mengumpul modal perniagaan. Dari situ, beliau membuka restoran DJ Junction Cafe di Jalan Tunku Abdul Rahman. Minatnya dipendam terlebih dahulu dan beliau membuka restoran keduanya bertempat di Pantai Dalam. Berkat perniagaan yang berkembang, Rudy kembali ke minat asalnya dengan membeli sebuah Harley Street Glide pada 2014. Dari pergaulannya dengan group Harley, Rudy telah berusaha mendapatkan Shovelhead menerusi beberapa sumber. Enjin V Twin 1,208cc ini merupakan model pertama yang berjaya dibeli terus melalui kenalannya di Amerika.

Seperti sebuah enjin lama Amerika yang “kasar” dan sangat asas, enjin ini didatangkan dengan penghidup jenis tendang, klac kering dan dipacu rantai untuk roda belakangnya. Pengubahsuaian dibuat dengan menggantikan kotak gear 4 kelajuan asal kepada jenis 6 kelajuan Baker versi perlumbaan. Beberapa modifikasi lain turut dibuat seperti pemasangan suspensi jenis pegas di depan, brek cakera depan Nissin, custom bar hendal, lampu utama custom dan kemasan kosmetik salutan emas pada tangki dan dapra belakang.

Bapa dari 3 orang cahayamata ini tidak ketinggalan menyokong apa juga aktiviti pameran dan permotoran tempatan. Beliau juga merupakan presiden kelab Warghihs MG Malaysia yang kerap mengadakan program bersama ahlinya. Pengalaman menunggang Shovelhead sudah tentu tak sama dengan Street Glide. Beliau pernah berkonvoi ke Phuket Bike Week pada 2014 dan 2016 dengan suhu melebihi 43 darjah, panas terik tetapi tak lama kemudian hujan lebat mencurah-curah. Rosak? Memang dah lali, kalau dah nama motor olskool memang itulah sifatnya.

Memang Thailand adalah destinasi wajib bagi kaki konvoi. Namakan apa sahaja bike week, semua pernah dijejak beliau seperti Sadao Bike Week, Songkhla Bike Week, Krabi Bike Week dan Pattaya Bike Week. Penganjur acara motor Siam sepatutnya berterima kasih pada rider Malaysia yang sentiasa turun ke sana beri sokongan. Setakat ini, beliau sangat berpuashati dengan koleksi yang dimilikinya. Shovelhead ini biasanya diletak di restoran di Maju Junction. Cukup dikenali bagi mereka yang selalu lalu-lalang di persimpangan tersebut. Ia sebagai salah satu tarikan. Setahu kami, kurang 20 buah dan mungkin juga lebih Shovelhead yang ada di Malaysia. Sudah tentu rare, kan?

Previous Post

Sibu Bike Week

Next Post

Epul Hayabusa, Rider Sejati!

Next Post

Epul Hayabusa, Rider Sejati!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved