Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Sibu Bike Week

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-01-25
in BULETIN, UTAMA
0

Sebelum melangkah meninggalkan tahun 2018 yang lalu, satu lagi acara tahunan yang sering dinanti-nantikan oleh penggemar dan pencinta dua roda khususnya di Borneo telah kembali memeriahkan dunia dua roda. Acara tahunan yang merupakan aktiviti wajib dalam kalendar setiap pengikut dunia roda, Sibu Bike Week telah diadakan dengan penuh gemilang. Berlangsung selama tiga hari bermula dari 7 hingga 9 Disember yang lalu, Sibu Bike Week yang memasuki penganjuran tahun kelapan ini diadakan di Phase 2, Dataran Sibu.

Dianjurkan oleh Razz Chopper, Sibu Bike Week menerima sambutan hebat dari para pencinta dua roda yang bukan sahaja datang dari kawasan sekitar Sibu atau negeri Sarawak sendiri, malah turut disertai bikers dari semenanjung Malaysia dan negara-negara jiran seperti Singapura, Thailand, Indonesia juga Filipina. Walaupun menghadapi sedikit kekangan dana untuk penganjuran yang gah tetapi ia tidak menghalang atau mematahkan semangat pihak penganjur untuk memastikan acara tahunan yang sudah pun mempunyai pengikutnya yang tersendiri ini terus diadakan saban tahun.

Pelbagai aktiviti telah disediakan pihak penganjur bagi menyemarakkan lagi Sibu Bike Week kali kelapan ini. Antara yang mendapat sambutan dan perhatian para pengunjung yang hadir termasuk Bike Competition terbuka kepada semua yang dibahagikan kepada pelbagai kategori seperti American, Japanes & Open, Scooter, Cub Street, Standard & Classic Modified, The Best Sportbike, The Best Vespa dan The Best Airbrush. Selain itu, tapak penganjuran turut dimeriahkan lagi dengan gerai-gerai jualan yang terdiri dari para peniaga tempatan yang sekali gus memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk menambahkan lagi pendapatan ekonomi sepanjang penganjuran Sibu Bike Week ini.

Bagi memastikan para pengunjung dan bikers yang datang dari jauh tidak kebosanan dan sentiasa terhibur, pihak penganjur turut menyediakan aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan di atas pentas seperti pertandingan Miss Sibu Bike Week dan persembahan dari artis-artis jemputan terkenal tanah air. Antara barisan artis yang membuat persembahan cukup bertenaga dan mendapat sorakan gemuruh dari para penonton adalah Mus May, Fauziah Latiff.

Previous Post

Duc Bunga Pinky

Next Post

Harley Olskool

Next Post

Harley Olskool

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved