Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Epul Hayabusa, Rider Sejati!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-01-25
in SHOW OFF, UTAMA
0

Ini adalah motor berkuasa tinggi yang popular di banyak negara, tak payah pergi jauh. Di Singapura, ini adalah hyper sport yang cukup digemari, boleh ditemui setiap hari. Tapi di Malaysia? Suam-suam kuku. Nak jumpa Hayabusa memang sangat rare.

Suzuki GSX1300 Hayabusa nama penuhnya. Ini juga motosikal yang meletakkan kelajuan sebagai motif penghasilannya. Sejak dihasilkan pada 1999, ia dianggap mercu kejayaan industri motosikal Jepun dan memaksa pakatan pengeluar menghadkan kelajuan 300km/j menerusi “gentlement agreement”.

Jadi apa yang membuatkan penunggang memilih Hayabusa sebagai motosikal pilihan? Tak lain tak bukan – kelajuan.

Saiful Anuar Alias merupakan salah seorang peminat Hayabusa di Malaysia. Memiliki motosikal ini adalah sebahagian daripada hobi beliau yang turut memiliki beberapa buah lagi motosikal dalam satu-satu masa. Ketika ditanya, beliau memang langsung tak meminati kereta, beliau adalah riders sejati!

Minat beliau terhadap jentera dua roda ini bermula sejak di bangku sekolah lagi. Jurutera berusia 38 tahun ini pernah memiliki Yamaha YPVS 350cc, Kawasaki VN 500cc, Honda Hornet 600cc, Honda CBX 750cc, Suzuki Bandit, Kawasaki Versys 650cc, Kawasaki GTR 1400cc, Suzuki B-King 1340cc, Honda Varadero 1000cc dan Kawasaki KLX 250cc.

Ia bukanlah motosikal berkuasa tinggi semata-mata, malah beliau pernah menunggang ke sempadan China menggunakan motosikal kapcai selama 20 hari. Pendek kata, selama 22 tahun bergelumang dalam dunia motosikal, beliau telah memiliki lebih 20 buah motosikal pelbagai kapasiti dengan menyertai pelbagai kelab dan ratusan aktiviti.

Namun dalam tempoh tersebut beliau akui, tiada satu yang menyamai Hayabusa. Ia adalah Hyper Sport yang sempurna. Walaupun sangka susah ditunggang, pandangannya bertukar 360 darjah selepas memilikinya. Menurut beliau, Hayabusa lebih mudah dikendalikan berbanding Kawasaki GTR1400.

“Motosikal ni walaupun nampak susah, tapi sebenarnya sangat stabil bila di highway,” ujar beliau.

Tapi ini bukanlah motosikal moden seperti R1, S1000RR dan Kawasaki H2. Saiful kemudian melakukan beberapa modifikasi seperti pemasangan sistem ekzos titanum penuh dari Akrapovic, set quickshifter dan beberapa aksesori bolt-on.

Saiful sering melakukan ride secara solo atau dalam kumpulan kecil. Pengalaman menunggang kapcai ke sempadan negara China adalah antara yang paling berharga. Beliau akui banyak halangan dan cabaran namun itulah yang menjadikannya lebih matang.

 

“Kebanyakan ride saya lakukan tak ada perancangan awal pun, semuanya secara spontan,” ujar Saiful ketika berbual bersama krew Roadstar.

Dan malam tadi saya membaca status di laman facebook beliau. Pada jam 12 tengah malam hari Isnin, beliau bergerak secara solo ke Kota Bharu Kelantan. Beliau memuatnaik status perjalanan dari Gua musang ke Kuala Krai pada jam 3 pagi.

Gila!

Previous Post

Harley Olskool

Next Post

Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 - Bandar Penawar

Next Post

Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 - Bandar Penawar

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved