Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Projek retro Honda CG 125 Tracker

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-29
in SHOW OFF, UTAMA
0

Bermula sebagai dragster, kini Zaid Haryshah berubah angin dan giat pula dengan alam retro. Sebelum ini, pemuda berusia 32 tahun daru Ipoh ini sering dilihat bersama jentera beliau. Saya masih ingat, beliau bercerita tentang modifikasi terhadap motornya memerlukan jiwa kental dan poket pun harus tebal. Malah, saya sendiri pernah melihat motor beliau semasa acara drag sekitar Perak kira-kira dua tahun lepas dan terbukti hebat apabila berjaya mencatatkan masa yang memberangsangkan. Namun, itu kisah dahulu. Bagaimana dan kenapa beliau lebih kerap dilihat bermain retro di media sosial. Apa dah jadi?

Bagi mencari kepastian, saya pun merajinkan diri pergi menerjah rumah beliau. Sebaik sahaja tiba di sana, sebuah motosikal Honda CG 125 Tracker sudah siap untuk sesi penggambaran. Dalam asyik berborak sakan, rupa-rupanya motosikal Honda CG 125 ini merupakan koleksi kesayangan kawan beliau yang tidak sempat direstorasi. Menurut Zaid, kawannya hanya memakai motor ini sekejap dan kebetulan, ini bukanlah satu-satu motor yang ada dalam simpanan. Bila dah banyak, sukar untuk memberi tumpuan kepada setiap satu motor. Mungkin juga jodoh, kawan beliau menawarkan Honda CG dan mengamanahkan Zaid untuk meneruskan projek motor ini.

Memandangkan duit hasil jual motor sebelum ini masih lagi banyak, maka Zaid memulakan episod kerja-kerja retro ke atas motor ini. Sebenarnya, tidak banyak kerja yang perlu disambung kerana pemilik lamanya iaitu Along (alahai, tersebut pulak. Along, kalau baca ni… harap dimaafkan ya!) sudah membuat sedikit demi sedikit. Bagi meneruskan projek ini, Zaid memilih Rusty Factory Ipoh sebagai sebagai panel membaik pulih Honda CG milik beliau. Nama Rusty Factory bukan baru, malah kehebatan serta prestasinya telah mengharumkan nama Malaysia apabila memenangi salah satu pertandingan yang dianjurkan di luar negara tidak lama dahulu.

Lembaran baru Honda CG 125 bermula di sini apabila diberi rupa ala-ala Tracker. Bagi bahagian enjin motor, enjin asal masih dikekalkan. Kekemasan ‘sound blast’ menunjukkan kebersihan enjin dan karburator standard iaitu TS dari jenama Mikuni sekali gus mengekalkan lagi keaslian kuasa jentera ini. Manakala manifold dan ekzos, Zaid memilih ekzos dari jenama Apido untuk menghasilkan bunyi dan kuasa yang dikehendaki beliau. Dalam perkataan yang mudahnya, enjin ini sangat memuaskan walaupun lama. Enjin ini tidak pernah memberi sebarang masalah kepada beliau ke mana-mana walaupun dalam perjalanan jarak jauh.

Perjalanan yang jauh sudah tentu memberi kesan kepada penunggang. Justeru itu, saspensi yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut dari motosikal Honda Wave diberi tugas untuk memberi pelarasan serap hentak belakang bagi jentera ini. Manakala fork hadapan dinaikkan sedikit berbanding sebelumnya untuk menampilkan ‘tracker look’ dan selaras dengan tema tracker, pemegang turut dikustom ala-ala tracker untuk memberi kawalan genggaman yang kemas selari dengan imejnya. Ketinggian motor ini sesuai untuk penunggang apabila rim depan dan belakang bersaiz 18” dari jenama Racing Boy. Aduh, banyak cerita pun tak guna. Apa kata, layan gambar-gambar yang disediakan. Mana tahu, boleh bagi inspirasi?

Previous Post

Majlis Pengumuman Pemenang Malaysia Autoshow 2019 dan Pelancaran Kempen Kesedaran Pemandu Cekap

Next Post

Grantt Lubricants Lancar Minyak Motosikal Terbaharu Quadra

Next Post

Grantt Lubricants Lancar Minyak Motosikal Terbaharu Quadra

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved