Sebanyak 96 buah motosikal klasik dan retro telah dijemput bagi memeriahkan majlis Konvokesyen Ke-36 Universiti Utara Malaysia (PESKON 36) yang berlangsung pada 24 November yang lalu di padang kawad UUM. Sebaik tiba, para peserta berkumpul terlebih dahulu di pintu masuk utama sekitar pukul 10.00 pagi.
Kebanyakan para peserta yang terlibat dalam program konvoi ini datang dari sekitar negeri Kedah dan juga Perlis. Bagi memastikan program berjalan lancar, pihak penganjur turut mendapat kerjasama dari Bukit Lada Classic dan kelab Motosikal Klasik Pendang.
Pada program tersebut, para peserta bergerak masuk dari pintu utama UUM, mengelilingi institusi pendidikan tinggi itu. Seterusnya, para peserta ke padang kawad UUM yang menjadi tapak utama program Konvokesyen PESKON 36. Selain itu, program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti lain untuk peserta konvoi dan juga para pengunjung.
Antara yang menjadi tarikan ialah sesi bergambar untuk para pengunjung bersama peminat motor klasik. Program berakhir sekitar pukul 4.00 petang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur konvoi UUM kerana telah menjemput motor klasik untuk dipamerkan sekali gus, memberi peluang kepada generasi muda untuk menghargai motosikal retro ini yang hampir dilupakan oleh anak-anak muda.