Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Gandingan Akid & Afif, Kuasai CP150!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-07-02
in BULETIN, UTAMA
0

Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Stadium Mini Teluk Intan pada 29 dan 30 Jun lalu, menyaksikan persaingan mendebarkan khususnya dalam kategori CP150. Gandingan Md Akid Aziz dan Ahmad Afif mempamerkan persembahan cemerlang perlumbaan seterusnya memberikan kemenangan berganda untuk pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing.

Di sesi “Super-Pole”, Ahmad Afif Amran mencatatkan masa terpantas 47:542s sekaligus mengambil kedudukan grid pertama perlumbaan akhir. Di grip kedua adalah rakan sepasukannya, Md Akid Aziz yang mencatat masa terpantas 47:648s diikuti Kasma Daniel Kasmayudin dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR dengan catatan masa 47:766s di petak ketiga.

Permulaan perlumbaan akhir, Akid dan Afif dengan pantas mengambil kedudukan hadapan diikuti oleh dua pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, Kasma Daniel Kasmayudin dan Nazirul Izzat Md Bahauddin. Memasuki pusingan ke-4, Akid, Afif dan Kasma yang berada di hadapan dengan jurang hampir 3 saat dengan kumpulan di belakang. Di P4, Azroy Hakeem Anuar dari HONDA ESTREMO YUZY RACING diikuti oleh rakan sepasukannya, Shahrol Syazras Shahrol Yuzy.

Pada pusingan ke-14 Afif cuba melepasi Akid untuk mengetuai pasukan namun Akid berjaya kembali memintas Afif. Kedudukan pelumba-pelumba di kelompok hadapan terus konsisten dengan Akid memenangi perlumbaan dengan catatan masa 15’52:420s. Afif mengambil tempat kedua dengan catatan masa 15’52:535s. Di tempat ketiga adalah Kasma dengan catatan masa 15’53:418s.

Kemenangan, Hadiah Istimewa Adam Untuk Pasukan
Sementara itu, di kategori CP125, pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, Md Adam Haikal Jahar muncul pemenang dalam perlumbaan pusingan 4 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Stadium Mini Teluk Intan sekaligus menyaksikan pasukannya mencatat kemenangan pertama dalam kategori CP125.

Sesi “Shoot Out” yang berlangsung pada sebelah telah menempatkan pelumba HONDA KC RACING, Md Irfan Haykhal Amidi di petak grid pertama selepas beliau mencatatkan masa terpantas pada 49:503s. Pelumba YAMAHA TEKHNE AHM MOTOR SPORTS, Arash Tsunami Kamarudin yang mencatat 49:668s bermula di petak grid kedua, dan Md Syamil Amsyar Md Iffende dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING di petak ketiga pada 49:999s.

Perlumbaan bermula dengan Irfan mendahului perlumbaan dengan Syamil mengekori di belakang kemudian kedudukan mereka dipintas oleh Md Afizi Supaat dari ONEXOX TKKR RACING TEAM. Persaingan semakin sengit dengan pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, Md Adam Haikal Jahar mengikuti rapat cuba mengambil alih kedudukan P1 daripada Afizi.

Di P3, adalah pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, Md Adie Putra Sukarno memintas Md Shafiq Ezzariq dari JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM dan cuba mengejar 2 pelumba di hadapannya. Pada pusingan terakhir, Adam berjaya melepasi Afizi di P1 pada selekoh keenam dan terus memecut ke garisan penamat pada 12’45:813s. Tempat kedua jatuh ke tangan Afizi dengan catatan masa 12’46:185s. Adie pula mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 12’46:533s.

Kemenangan Sulung, Aiman Catat Sejarah Di Teluk Intan
Manakala untuk perlumbaan kategori Wira KBS berlangsung cukup sengit menyaksikan pelumba BROTHERS 7 TECH RACING, Md Aiman Md Hafis turut melakar sejarah di Stadium Mini Teluk Intan dengan kemenangan sulung buat dirinya dan juga pasukan.

Perlumbaan petang ini bermula dengan pelumba YAMAHA ESTREMO 27 RACING, Md Adib Arsyad Md Hisam di petak grid pertama selepas mencatatkan masa terpantas 51:306s di sesi kelayakan. Di petak grid kedua adalah pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, Farres Putra Md Fadhill yang mencatat 51:443s diikuti rakan sepasukannya, Raiyan Khardanee Md Sanusi pada 51:457s.

Sejurus perlumbaan bermula, Adib memecut ke hadapan untuk mengetuai kumpulan, namun dipintas oleh Md Akif Abdullah dari HONDA KC RACING. Diikuti rapat di belakangnya adalah Raiyan dan Farres mencari ruang untuk memintasnya.

Kehangatan semakin meningkat menyaksikan dua pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, Raiyan dan Farres saling memintas dalam perebutan kedudukan P1, manakala Md Aiman Md Hafis dari BROTHERS 7 TECH RACING semakin menghampiri dan mengekori rapat di kelompok depan.

Pada pusingan ke-7 Aiman berjaya memintas Raiyan dan Farres di P1 terus memecut cuba untuk menjarakkan jurang. Pada pusingan ke-9, bendera merah dikibarkan dan perlumbaan diisytiharkan tamat. Aiman memenangi perlumbaan pada 6’59:048s. Farres akur di tempat kedua dengan catatan masa 6’59:531s. Raiyan mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 6’59:933s.

Kedudukan Tiga Terbaik
CP150
1. Md Akid Aziz – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING (15’52:420s)
2. Ahmad Afif Amran – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING (15’52:535s)
3. Kasma Daniel Kasmayudin – PETRONAS SPRINTA YAMAHA: MAJU MOTOR (15’53:418s)

CP125
1. Md Adam Haikal Jahar – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING (12’45:813s)
2. Md Afizi Supaat – ONEXOX TKKR RACING TEAM (12’46:185s)
3. Md Adie Putra Sukarno – PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR (12’46:533s)

Wira KBS
1. Md Aiman Md Hafis – BROTHERS 7 TECH RACING (6’59:048s)
2. Farres Putra Md Fadhil – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING (6’59:531s)
3. Raiyan Khardanee Md Sanusi – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING (6’59:933)

Previous Post

Roadster Gaya Tanpa Had, Harga Bermula Dari RM20,500 Seunit

Next Post

Lawatan Santai Ke Lokasi-lokasi Menarik

Next Post

Lawatan Santai Ke Lokasi-lokasi Menarik

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved