Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

FTuned Racing Spring Kit & Fork Spring Untuk Motosikal

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-05-06
in BULETIN, UTAMA
0

Dengan FTuned Racing Suspension, tak perlu lagi tension!

Trend bermain motosikal di Malaysia amat luar biasa sejak kebelakangan ini apabila dua model terbaharu dari dua pengeluar motosikal utama mula dihasilkan. Ianya jelas apabila popularitinya bukan sahaja boleh dilihat di media sosial sahaja, namun di atas jalan raya sendiri sudah cukup untuk menyatakannya sehingga golongan artis sendiri turut terlibat untuk memiliki jentera tersebut.

Mereka bukan sahaja hanya memiliki tetapi kesemua jentera tersebut turut menjalani proses modifikasi baik dari segi prestasi mahupun penampilan. Namun, mungkin ada yang tidak perasan bahawasanya, disamping gaya, kelajuan dan keselamatan, ada satu lagi yang perlu mereka dititikberatkan buat sesebuah jentera beroda dua ini iaitu sistem suspensi.

Secara umumnya, yang kita tahu pihak FTuned merupakan pengeluar sistem suspensi bagi kenderaan bertayar empat. Namun sebenarnya, FTuned juga telah menghasilkan komponen suspensi bagi motosikal. Mungkin bagi pengeluar lain, mereka rancak memperkenalkan pelbagai aksesori ataupun barangan berprestasi bagi meningkatkan daya kuasa sesebuah motosikal itu. Pihak FTuned pula dengan kajian yang telah dilakukan berjaya menghasilkan komponen yang amat penting dalam memberi lebih keseimbangan dan kestabilan pada sesbuah motosikal iaitu FTuned Racing Spring Kit dan FTuned Fork Spring.

FTuned Racing Spring Kit
FTuned Racing Spring Kit merupakan spring yang dipasangkan pada sistem monoshock. Dihasilkan dari bahan yang berkualiti dan berketahanan tinggi, ianya mampu memastikan keselesaan serta corak tunggangan yang lebih baik. Setiap rekaan spring kit untuk sistem monoshock ini mungkin nampak sama dengan yang lain, namun kualiti dan prestasi yang mampu ditampilkan rekaan dari FTuned ini adalah berbeza dan jauh lebih baik kerana ianya telah diuji serta menepati apa yang para pemilik motosikal mahukan. FTuned Racing Spring Kit ini dihasilkan bagi dua jenis motosikal iaitu Yamaha Y15ZR dan juga Yamaha 135 LC.

FTuned Racing Fork Spring
Sistem suspensi bagi motosikal terbahagi kepada 2 bahagian iaitu depan dan belakang sama seperti sebuah kereta. Kedua-duanya amat penting dalam menjamin keselesaan dan membantu bagi sesi tunggangan yang lebih baik. Suspensi di bahagian depan amat penting bagi sesebuah motosikal itu kerana dari situlah yang akan membantu sesorang penunggang menggayakan corak tunggangan mereka. Oleh itu, FTuned turut menghasilkan spring ‘fork’ bagi kegunaan motosikal. Kebiasaannya pengguna motosikal akan terlepas pandang tentang pentingnya suspensi depan mereka sedangkan itulah yang patut diambil tahu pada awalnya. FTuned Fork Spring yang ditampilkan adalah milik Honda RS150.

Secara dasarnya, kebanyakkan pengeluar telah menghasilkan komponen yang baik untuk semua kenderaan mereka, namun dengan apa yang diperkenalkan oleh FTuned kepada anda adalah produk yang mampu membantu lebih prestasi kepada jentera anda serta yang memiliki lebih kualiti. Jangka hayat bagi komponen jentera anda pastinya juga akan bertahan lebih lama pastinya. Anda perlu ingat, jika komponen yang digunakan berkualiti, pastinya sesi tunggangan lebih meyakinkan serta tidak terganggu di samping mendapat lebih keselesaan dalam tunggangan berbanding biasa. Kedua-dua produk yang diperkenalkan ini merupakan khusus buat 3 buah model yang sentiasa hangat di Malaysia.

Jika berminat dengan 2 produk tersebut dan ingin mengetahui maklumat lebih lanjut, anda boleh hubungi atau berkunjung;
F Tuned Racing Suspension
No.9, Jalan Seri Rejang 4,
Taman Sri Rampai,
53300 Kuala Lumpur.
No Tel : 012 – 777 0747
Emel : ftunedsuspension@gmail.com
atau
Selain itu, anda juga boleh berhubung terus menerusi laman sosial;
Facebook : https://www.facebook.com/ftuned
Instagram : https://www.instagram.com/ftunedracingsuspension/

Previous Post

BSA, Hidupkan Era 70'an!

Next Post

Program Infak Ramadan 2021 NVOG Bersama Wira Oren MBSP

Next Post

Program Infak Ramadan 2021 NVOG Bersama Wira Oren MBSP

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved