Sambutan menjelang Ramadan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak menghalang Kelab Permotoran Northern Versys Owner Group dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jalan Baru menganjurkan Program Infak Ramadan NVOG Bersama “Wira Oren” 2021. Tidak dinafikan, peranan wira oren sangat tinggi dan penting dalam kehidupan seharian kita. Mereka merupakan petugas barisan hadapan yang sangat penting tambahan pula dalam pandemik dan norma baru yang sedang dialami oleh seluruh dunia.
Dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seberang Prai (MBSP) serta Kelab Permotoran NADV150 yang terlibat serta sokongan daripada Pejabat Parlimen Permatang Pauh dan Pusat Khidmat ADUN Penanti, satu acara gilang-gemilang telah diadakan. Penganjuran program ini bertujuan untuk meraikan serta menyantuni golongan “WIRA OREN” yang sentiasa di hadapan dalam isu perbandaran sekitar Seberang Perai dan telah diadakan di Depoh Jabatan Perbandaran Ampang Jajar.
MBSB yang diketuai oleh Ahli Majlis Saudara Ahmad Rizal Bin Abd Hamid berkonvoi bersama 30 lebih buah motosikal dari Kelab Permotoran NVOG & NADV150 bergerak dari Bangunan Uda Jalan Baru menuju ke Depo Jabatan Pembandaran Ampang Jajar di mana para peserta disambut kakitangan yang berseragam Oren. Upacara ringkas diadakan dan memastikan SOP serta penjarakan diadakan dengan begitu pantas. Dimulakan dengan bacaan doa oleh ahli NVOG Ustaz Asward dan upacara penyampian sumbangan disempurnakan oleh wakil MBSP serta NVOG yang hadir.
Konvoi seterusnya bergerak ke Perumahan Rakyat Ampang Jajar untuk mengedarkan Bubur Lambok khas yang dimasak secara bergotong royong kepada penduduk di situ serta orang ramai yang lalu lalang. lebih 200 pek bubur lambok sumbangan dari Ahli NVOG yang disediakan serta bungkusan kurma diedarkan dalam masa 30 minit habis. Rata-rata penduduk yang menerima mengucapkan jutaan terima kasih dan konvoi bergerak pulak menuju ke Masjid Abdullah Fahim yang terletak di Bertam Kepala Batas untuk bersolat Asar sekaligus meneruskan aktiviti amal bersama AJK Kariah Masjid untuk membantu mengedarkan 700 pak bungkusan nasi kepada warga Bertam dimana pihak Masjid menyediakan juadah berbuka setiap petang secara pandu lalu (drive thru) bermula jam 6.00 petang.
Program Infak Ramadan 2021 NVOG kali ini banyak mengajar tentang erti sedekah dan beramal tidak kira dimana rata-rata peserta konvoi melahirkan rasa syukur kerana masih lagi diberi peluang untuk beramal kepada mereka yang memerlukan lebih-lebih lagi dimasa sekarang dengan keadaan COVID-19 masih lagi melanda seluruh rakyat dunia yang terkesan masih lagi ada yang sudi membantu meringankan beban yang ditanggung.
NVOG merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat terutamanya Majlis Bandaraya Seberang Prai (MBSP) serta Kelab Permotoran NADV150 dalam usaha menjayakan program yang dirancang dengan tempoh yang sangat singkat.
Semoga usaha group bikers menginfaq di bulan yang mulia ini mendapat keredhaan disisi Allah dan diberkati oleh-Nya.
Perkongsian : Fazrul NVOG