Sebelum di penghujung kewujudannya sebagai pengeluar motosikal di awal tahun 70’an, BSA telah menghasilkan sebuah motosikal B50 MX ini. Dibina pada tahun 1973, motosikal ini asalnya didaftarkan di US pada tahun 1974. Bagaimanapun, ia telah diimport kembali ke UK pada tahun 2005.
Tidak dapat dipastikan, berapa pemiliknya sebelum ini tetapi yang terkini telah memilikinya lebih kurang 2 tahun setengah yang lalu. Selepas dibina semula bahagian atasnya, motor ini sedia dilepaskan. Bila barang dah baru, enjin silinder tunggal penyejukan 500cc dikatakan mampu menghasilkan 34hp. Disepadankan pula dengan kotak gear 4-kelajuan.
Bahagian atas yang dibina semula termasuk cincin piston baru dan kotak gear serta klac yang telah menjalani pemeriksaan baru-baru ini. Gabungan warna hitam dan silver, ia tampil dalam keadaan yang masih elok dengan menggunakan tayar Bridgstone Trail Wing. Namun, tidak dapat dipastikan usia sebenar tayar ini. Adakah tayar lama atau pernah diganti baru?
Sumber : Rideapart.com / Silodrome