Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

FKR Konvensyen 2018/2019 di Macao dan Zhuhai selama 4 hari 3 malam

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-23
in BULETIN, UTAMA
0

Tahun ini sempena Konvensyen FKR, seramai 89 orang yang terdiri daripada pengedar dan staf telah dibawa ke Macao dan Zhuhai selama 4 hari 3 malam.

Pada hari pertama, setelah mendarat di Lapangan Terbang Macau, para peserta menaiki bas pelancong dan terus bergerak ke The Venetian Macao, sebuah hotel mewah dan mempunyai kasino di Macao yang dimiliki oleh syarikat American Las Vegas Sands. The Venetian Macao adalah sebuah hotel yang mempunyai 39 tingkat hotel casino di Cotai Strip. Keluasan The Venetian Macao adalah 10,500,000 kaki persegi (980,000 m2) dan dimodelkan dari resort kasino The Venetian Las Vegas. The Venetian Macao adalah kasino terbesar di dunia, bangunan hotel struktur tunggal terbesar di Asia dan juga bangunan ketujuh terbesar di dunia dengan ukuran keluasan lantai. Arkitek yang membina The Venetian Macao adalah dari kerjasama Syarikat Aedas dan HKS, Inc. mereka yang bertanggungjawab terhadap reka bentuk, penyelarasan dan pelaksanaan projek di tapak.

Seterusnya, para peserta dibawa ke sebuah tempat bersejarah iaitu St Paul’s Cathedral. Sebahagian bangunan yang tertinggal merupakan runtuhan bangunan St. Paul abad ke-17 di Santo António, Macao, China. Bangunan tersebut adalah gabungan dari St Paul’s College dan Gereja Katolik St Paul yang juga dikenali sebagai Mater Dei, sebuah gereja Portugis abad ke-17 yang didedikasikan kepada Saint Paul the Apostle. Kini, runtuhan tersebut adalah salah satu daripada mercu tanda terkenal di Macao. Pada tahun 2005, bangunan ini disenaraikan secara rasmi sebagai sebahagian daripada Pusat Sejarah Macao, Tapak Warisan Dunia UNESCO. Seterusnya, perjalanan diteruskan ke restoran untuk makan malam dengan hidangan menu Portugis. Selesai makan malam, para peserta bergerak pula ke Zhuhai dan bermalam di 2000 Years Hotel.

Pada hari kedua di Zhuhai, para peserta singgah di Mt Jing Shan Park untuk menaiki kereta kabel yang tidak mempunyai cermin sisi ataupun cermin tingkap dan menghayati pemandangan bukit bukau yang amat cantik. Setelah itu, para peserta melawat di antara mercu tanda terkenal di Zhuhai iaitu The Statue of Fisher girl. Patung ini telah siap pada tahun 1982 sebagai patung di tepi laut pertama di China. Ia diperbuat daripada batu granit 10 tan dengan ketinggian 8.7 meter. Dengan postur anggun dan dihiasi kalung cantik, gadis nelayan memegang mutiara bersinar di udara dengan ekspresi muka yang gembira. Selesai makan tengahari di GuoXin Restaurant, perjalanan diteruskan ke Mei Xi Memorial Arch dan Wax Museum. Mei Xi Memorial Arch terletak di Meixi village, Qianshan Town, Zhuhai. Mei xi Memorial Arch dibina pada tahun 1886, tahun ke-12 pemerintahan Maharaja Guangxu di Dinasti Qing untuk memperingati jasa dan kebesaran pemuda yang bernama Chen Fang dan keluarganya. Kemudian, para peserta dibawa untuk membeli-belah di pusat membeli-belah bawah tanah yang terletak di Gongbei Custom.

Seterusnya, pada malam tersebut adalah acara yang dinantikan oleh semua untuk meraikan majlis FKR Top Achiever Convention 2019. Tahun ini, pihak penganjur turut menjemput Pengarah Urusan FKR En. Pornpoj Swadwan dan Pengurus Besar FKR En Lee Yew Wah untuk menyampaikan anugerah Platinum Award kepada pengedar pengedar yang mendapat pencapaian jualan tertinggi tahun ini. Diikuti penyampaian anugerah Top Achiever Award kepada para pengedar yang mencapai sasaran jualan.

Pada hari ketiga, setelah selesai sarapan pagi, para peserta menaiki bas pelancong dan meneruskan perjalanan ke Chimelong Ocean Kingdom yang terletak di Pulau Hengqin, Zhuhai. Ia terdiri daripada taman tema, hotel mewah, perniagaan dan pameran, sukan dan riadah. Ia dilaburkan oleh Kumpulan Guangdong Chimelong. Dibina dengan teknologi dan peralatan yang paling maju dan idea-idea kreatif, Chimelong Ocean Kingdom adalah tempat yang menyediakan pelancong dengan hiburan dan pengalaman terbaik. Taman tema ini terdiri daripada 8 kawasan bertema dan setiap satunya mewakili sebahagian dari lautan. Di taman tema, anda akan mendapat pengalaman paling seronok dan tidak dapat dilupakan. Anda akan melihat akuarium terbesar di dunia dan menonton persembahan ikan lumba-lumba, singa laut, paus beluga, beruang kutub, penguin dan banyak haiwan laut lain.

Keesokan harinya, setelah sarapan pagi dan daftar keluar hotel, para peserta menaiki bas dan bergerak ke Lapangan Terbang Macao untuk berlepas ke Malaysia.

Previous Post

Arkib : Dato' Kamal Can Am Spyder

Next Post

Benelli TNT600

Next Post

Benelli TNT600

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved