BMW Motorrad telah melancarkan sebuah model cruiser dengan gaya retro yang dikenali sebagai R 18. Mengambil inspirasi model BW R5 tahun 1936, R 18 tampil dengan rekaan driveshaft terbuka, kerangka jenis double-loop dan enjin bersesaran 1.8 liter yang dipanggil Big Boxer. Dengan posisi tunggangan santai, tidak dilengkapi terlalu banyak teknologi canggih dan terbuka untuk diubah suai, R 18 pastinya mengujakan kelompok peminat motosikal sebenar.
BMW sebenarnya sudah lama menguar-uarkan tentang projek R 18 kepada umum. Ia dimulakan dengan pengenalan model konsep Concept R 18, Custom Work Zon departed dan Birdcage. Semua model prototaip itu dipasang dengan enjjin Big Boxer. Kemudian, timbul pula model R 18/2 yang menunjukkan lebih jelas rupa cruiser moden BMW. Akhirnya, R 18 tampil dengan rekaan hampir sama dengan R 5 yang lagenda itu.
Sebagaimana yang boleh dilihat, R 18 didatangkan dengan lampu utama tunggal berbentuk bulat. tangki minyak berbentuk buah pea, badan besi, satu pelana, garisan cat putih pada tangki dan ekzos krom berkilat. First Edition R 18 turut ditambah dengan pelindung enjin krom, lencana pada pelana dan banyak lagi.
Enjin bersesaran 1,802cc yang paling berkuasa pernah dihasilkan oleh BMW itu mampu menjana 90hp dan 151Nm tork pada julat 2,000 hingga 4,000rpm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan. Gabungan itu membolehkannya mencatat kelajuan maksimum 180km/j.
R 18 dilengkapi suspensi jenis teleskopik dengan tiub bersaiz 1.9 inci di hadapan. Bahagian dipasang dengan lengan ayun jenis double sided bersama pacuan gandarnya ditutup. Pelana pula menggunakan suspensi topang cantilever dan spring pra-bebanan boleh laras. Tugas membrek diserahkan kepada brek cakera berkembar di hadapan dan satu cakera di belakang bersaiz 300mm dengan angkup empat omboh.
Walaupun tidak sarat dengan teknologi moden, R 18 bagaimanapun tetap didatangkan dengan lampu LED, lampu membelok adaptif, sistem tanpa kunci kawalan jauh, bantuan mengundur dan pendakap kabel bagi memudahkan urusan pemasangan serta ubah suai bar hendal.
R 18 sudah boleh ditempah mulai sekarang pada harga bermula AS$18,190 (RM79,200) dengan tambahan sebanyak AS$2,150 (RM9,400) untuk pakej First Edition. Lebih menarik lagi, pelanggan boleh membeli pelbagai aksesori tulen daripada Roland Sands Design, Vance & Hines dan Mustang Seats untuk tampil lebih bergaya.
Sumber : Mekanika