Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Dulu Suka Suka, Kini Luar Biasa

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-05-22
in SHOW OFF, UTAMA
0

Bercerita tentang segmen modifikasi, mungkin ramai tidak sedar bahawa pemilik jentera kebiasaannya mungkin terkesan dek satu kisah awal sebelum itu. Tidak kiralah ia berkaitan mengenai pasangan atau keinginan yang sering didambakan sebelum ini. Kisah Kikie Lala menarik perhatian RoadStar untuk diketengahkan pada kali ini. Niat awal hanyalah sekadar suka-suka dan mahu berkongsi pengalaman dan pergaulan bersama rakan sebaya tatkala membonceng jentera masing-masing sedikit masa dahulu kini membawanya ke persimpangan yang jauh berbeza.

Berkongsi kenangan ketika di alam remaja, Kikie Lala atau pemilik nama sebenar Ahmad Fikri Ahmad Rusli mempunyai keinginan sama seperti remaja lain iaitu mengimpikan untuk memiliki motosikal idaman sendiri. Dan ketika itu, model Yamaha LC135 adalah yang paling hot di kalangan remaja masa itu.

Walaupun sebelum ini, Kikie Lala sering ‘mengerjakan’ jentera milik arwah Tok Wan (datuk) namun kepuasan hanya tercapai tatkala dia memperolehi jentera idaman Yamaha LC135 yang dibeli semasa zaman sekolah dan hasil kerja sampingan.

“Macam remaja lain, saya memasang impian memiliki sebuah motosikal yang agak ranggi dan pada waktu itu (tahun 2008) jentera Yamaha LC135 merupakan motosikal paling hot dan cukup popular dengan reka bentuknya memang cukup menarik.

“Saya beli cash (tunai) sekitar 4 ribu lebih hasil simpanan dan gaji waktu kerja sampingan di sekitar Kuala Kedah ini,” ujar Kikie Lala ketika mengimbas kembali detik-detik awal pembelian motosikal kesayangannya itu.

Di kala itu, kebanyakan remaja sepertinya sering terbabit dalam perhimpunan bersama kelab motosikal malah dia yang pada awalnya hanya sekadar suka-suka kini terperangkap dengan ungkapan ‘racun itu benar’ yang sering diungkapkan kebanyakan pemilik motosikal hari ini.

“Tidak banyak perubahan dari segi alatan yang dipadankan pada ketika itu. Cukup hanya sekadar penambahan beberapa komponen dan beberapa aksesori biasa sahaja. Pada awalnya niat hati sekadar menggunakan jentera standard saja dan digunakan untuk kegunaan harian. Namun selepas setahun menggunakan motor ni, saya mula terbabit dengan aktiviti kumpulan bermotor dan kelab paling awal ialah Kedah LC Crew.”

“Tak sampai setahun menggunakan jentera ini, saya mula melakukan modifikasi secara kecil-kecilan. Bermula dari situ, saya mula menghiaskan LC135 saya dari segi luaran seperti airbrush, tukar aloi, ekzos dan beberapa aksesori kecil sahaja. Penampilan LC135 tetap kekal seperti asas namun ia ditambah baik dengan rupa bahagian depan persis seperti belalang,” ujar Kikie Lala yang menamakan jenteranya sebagai Belalang Tempur atau adakalanya dinamakan XIO.

“Mungkin inilah yang ramai mat-mat motor cakap, ‘kena racun da’. Semuanya berlaku sehinggalah saya mengembalikan motosikal pertama saya ini ke bentuk asal pada tahun 2012,” ujar Kikie ketika mengimbas detik awal kepada RoadStar baru-baru ini.

Bermula 2014, Kikie Lala menghentikan seketika pengubahsuaian jentera LC135 miliknya sehinggalah pada tahun 2015, dia mula aktif kembali dengan hobinya. Namun kali ini jauh berbeza. Pengubahsuaian jentera bukan setakat luaran sahaja malah turut dipadankan dengan beberapa komponen baharu di bahagian dalam.

Penggunaan lampu hadapan nyata jauh berbeza berbanding rupa bentuk asal LC135 Kikie Lala. Tema pada set cover jentera diubahsuai secara cat semburan. Penggunaan madgad hadapan dan belakang (mudguard) ternyata berjaya mengubah dan menenggelamkan rupa asal jentera.

Antara aksesori dalam yang digunakan adalah seperti head bersaiz 19/22cm jenis Uma Racing, blok 66 mengeras ditempa, spring injap jenis racing dan beberapa aksesori yang mudah didapati di kalangan alat ganti motosikal di sini. Ia juga termasuk karb PWK bersaiz 34mm, padanan superhead, cam custom thai bersaiz 6.7, batang penyerap hentakan buatan sendiri, penukaran gear 4 perlumbaan jenis 21t dan penggunaan klac racing jenis hyperclutch.

Menurut Kikie Lala, semua pemasangan barangan dilakukan oleh MatNip Motor yang berpangkalan di Alor Merah, Alor Setar. Malah terdapat juga aksesori yang dipesan dari negara jiran Thailand untuk dipadankan dengan motosikalnya.

Ditanya mengenai kos modifikasi, Kikie Lala hanya ketawa dan menyifatkan pelaburan yang dilaburkan merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dimiliki. Sehingga ke saat ini, Kikie Lala masih mengimpikan untuk menambah beberapa aksesori lain ke atas jentera LC135 miliknya ke beberapa bahagian yang dalam rancangan tambah baik akan dilakukan tidak lama lagi.

Disediakan oleh;
Teks : Mohd Izzuddin Kamaruddin
Gambar : Pak Art

Previous Post

10 Sebab Kenapa Rider Harley Tak Lambai Tangan Kat Kau

Next Post

Enjin Boxer 1.8 Liter, Sudah Boleh Ditempah Dengan Harga Bermula RM79,200

Next Post

Enjin Boxer 1.8 Liter, Sudah Boleh Ditempah Dengan Harga Bermula RM79,200

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved