Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Rekabentuk Ekzos 2-Lejang Memainkan Peranan Penting Dalam Proses Scavenging

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-05-22
in BULETIN, UTAMA
0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Beberapa hari lepas, saya diajukan soalan berkenaan sistem ekzos motosikal 2-lejang.

Soalannya mudah, “kenapa motor 2-lejang banyak paip ekzos”.

Satu soalan yang sangat bernas. Mari sama-sama kita belajar. Jika dilihat secara visual, rekabentuk ekzos motosikal 2-lejang dan 4-lejang adalah berbeza. Bukan sahaja secara visual, secara audio juga kita dapat dengar perbezaan ketara bunyi yang dikeluarkan oleh ekzos 2-lejang dan 4-lejang.

Sebenarnya, jumlah ekzos bagi jentera 2-lejang bergantung kepada jumlah selinder. Jika ada 1 selinder, maka 1 sahaja ekzos yang diperlukan. Jika ada 4 selinder, maka 4 ekzos diperlukan.

Contoh adalah seperti berikut :-
Yamaha RXZ – 1 selinder, 1 ekzos
Aprilia RS250 – 2 selinder, 2 ekzos
Proton KR3 – 3 selinder, 3 ekzos
Honda NSR500 – 4 selinder, 4 ekzos

Sekarang kita pergi lebih mendalam. Di atas saya sebutkan bahawa secara visual rekabentuk ekzos jentera 2-lejang adalah berbeza dengan jentera 4-lejang. Hal ini adalah kerana rekabentuk ekzos 2-lejang memainkan peranan penting di dalam proses “Scavenging”. Untuk memahami apa itu proses “Scavenging”, kita perlu memahami bagaimana sistem enjin 2-lejang berfungsi.

Secara ringkasnya, umum mengetahui bahawa enjin 2-lejang tidak mempunyai injap bagi mengawal campuran udara dan bahanapi masuk dan gas ekzos yang keluar. Enjin 2 lejang mempunyai liang masukan dan liang ekzos pada dinding selinder. Komponen yang bertanggungjawab mengawal aliran masuk campuran udara dan bahanapi serta gas ekzos adalah piston.

Kita ulang kembali dengan frasa lebih ringkas di dalam bentuk point :-
Enjin 2-lejang tiada injap, tiada “Camshaft”, tiada “Timing Chain”.(Lepasni harap takde lagi yang mencari Timing Chain RXZ)
Campuran udara dan bahanapi disedut masuk oleh piston melalui liang masukan di dinding selinder.
Campuran udara dan bahanapi dimampatkan oleh piston.
“Spark Plug” menghasilkan percikan api lalu membakar campuran udara dan bahanapi yang telah dimampatkan.
Letupan yang terhasil menolak piston kebawah.
Gas ekzos yang terhasil ditolak keluar oleh piston ke liang ekzos di dinding selinder.

Sekarang sudah jelas bukan? Sekarang kita pergi kepada maksud “Scavenging”. Untuk melengkapkan kitaran lejang enjin, gas ekzos yang terhasil daripada pembakaran perlu dikeluarkan dengan segera bagi membenarkan campuran udara bersih dan bahanapi disalurkan ke kebuk pembakaran untuk kitaran seterusnya. Proses ini dipanggil sebagai proses “Scavenging”.

Masalahnya di sini adalah proses “Scavenging” sukar dilakukan secara efektif bagi enjin 2-lejang kerana kedua-dua liang masukan dan ekzos terbuka pada masa yang sama. Ye lah kan, piston naik, kedua-dua liang tertutup, piston turun, kedua-dua liang terbuka. Sekiranya tidak dikawal dengan baik, campuran udara bersih dan bahanapi akan keluar sekali bersama gas ekzos melalui liang ekzos.

Jika perkara ini berlaku, campuran udara bersih dan bahapi tidak mencukupi untuk dimampatkan serta dibakar sekaligus menyebabkan enjin tidak beroperasi pada kadar optimum. Prestasi enjin menjadi lemah. Tak guna dah. Apa pun tak boleh. Baik buang je enjin tu.

Solusi bagi mengelakkan perkara ini berlaku, kita pergi kembali pada rekaan ekzos. Anda mesti perasan yang mana-mana rekaan ekzos jentera 2-lejang seakan-akan sama di mana terdapat paip kecil keluar dari liang ekzos, kemudian menjadi gemuk, kemudian menjadi kecil kembali.
Kenapa ?

Bahagian yang anda lihat gemuk itu merupakan bahagian yang dipanggil sebagai “Expansion Chamber”. Fungsi “Expansion Chamber” ini adalah untuk memantulkan balik tekanan yang keluar dari liang ekzos kembali semula ke kebuk pembakaran.

Namun, proses ini selalu disalahertikan sebagai “Back Pressure”, frasa terbaik untuk proses ini adalah “Pressure Wave”. Hal ini kerana sedikit gelombang sahaja diperlukan untuk dipantulkan kembali ke kebuk pembakaran.

Tujuan asalnya adalah untuk mengelakkan campuran udara bersih dan bahan api keluar sekali bersama gas ekzos. Oleh itu, pantulan tekanan yang diperlukan tidak terlalu kuat dan tidak terlalu lembut. Cukup-cukup sahaja. Jika terlalu kuat, gas ekzos yang keluar akan ditolak kembali ke kebuk pembakaran. Jika terlalu lembut, seperti tiada fungsi.

Bagaimana nak dapatkan “Pressure Wave” yang cukup ? Ini lah yang jurutera pengeluar bersusah payah fikirkan supaya enjin dapat berfungsi dengan efisyen. Dapat dekat anak muda dengan selamber mereka tukar ekzos. Rekaan “Expansion Chamber” memainkan peranan penting bagi mendapatkan “Pressure Wave” yang cukup.

Jika anda ingin mengubahsuai sistem ekzos jentera anda, adalah disarankan memilih jenama yang sudah terbukti keberkesanannya. Hal ini kerana mereka sudah melakukan proses R&D bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Sebagai contoh jenama Akrapovic memang dikenali seantero dunia sebagai pembuat sistem ekzos yang berkaliber. Sekarang sudah jelas tentang konsep enjin 2-lejang, proses “Scavenging” dan relativiti “Expansion Chamber” bersama “Pressure Wave”.

Jika dilihat sistem ekzos jentera 4-lejang, jentera berkuasa tinggi khususnya. Kebanyakannya menggunakan enjin 4 selinder dan menggunakan unit extractor sama ada 4-1 atau 2-1,2-1.

Kenapa boleh pakai extractor ? Kenapa tak pakai ekzos macam enjin 2-lejang ?

Hal ini kerana proses “Scavenging” pada enjin 4-lejang adalah lebih mudah kerana kawalan masukan udara dan gas ekzos yang keluar dikawal oleh injap. Jadi kebarangkalian campuran udara bersih dan bahanapi untuk keluar sekali bersama gas ekzos adalah rendah. Jadi ia tidak perlukan “Expansion Chamber” untuk memantulkan kembali “Pressure Wave”.

Sekarang kita menjawab persoalan utama kenapa perlu banyak ekzos. Hal ini kerana proses “Scavenging” berlaku pada setiap selinder. “Pressure Wave” yang stabil diperlukan bagi membolehkan enjin beroperasi dengan efisyen. Proses “Scavenging” dan pantulan “Pressure Wave” bergantung kepada “Expansion Chamber” pada sistem ekzos. Disebabkan itulah bilangan ekzos bagi enjin 2-lejang mengikut jumlah selinder pada enjin. Jadi, perkara ini juga menjawab sekali persoalan kenapa enjin 2-lejang tidak menggunakan extractor bersama satu sahaja “Expansion Chamber”. Kata kuncinya adalah proses “Scavenging” dibantu oleh “Pressure Wave”.

Jadi ini lah dia Tuan-Tuan sedikit sebanyak penerangan tentang kenapa ekzos pada enjin 2-lejang mengikut jumlah selinder. Harap bermanfaat.

Sumber : Mekanika

Previous Post

Enjin Boxer 1.8 Liter, Sudah Boleh Ditempah Dengan Harga Bermula RM79,200

Next Post

BMW S 1000 RR 2020. 207HP, 4 MODE TUNGGANGAN. RM116,500 SEUNIT

Next Post

BMW S 1000 RR 2020. 207HP, 4 MODE TUNGGANGAN. RM116,500 SEUNIT

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved