Juara dunia tujuh kali MotoGP Valentino Rossi berkata dia diuji positif COVID-19 dan akan terlepas Grand Prix Aragon hujung minggu ini. Pelumba 41 tahun dari Itali itu berkata dia juga akan terlepas Grand Prix Teruel di litar sama di Sepanyol minggu depan.
“Pagi ini saya bangun dan rasa tidak sihat. Tulang-tulang saya sakit dan saya demam, jadi saya memanggil doktor yang menguji saya dua kali.
“Keputusan ujian pantas PCR adalah negatif, sama seperti ujian saya jalankan pada Selasa.
“Tetapi ujian kedua, yang keputusannya dihantar kepada saya pada jam 4 petang hari ini (semalam), malangnya positif.
“Saya kecewa kerana terlepas perlumbaan di Aragon,” kata Rossi.
Rossi, yang dalam musim terakhirnya bersama pasukan Yamaha, mengharungi kempen sukar dengan tiga kemalangan berturut-turut dan meletakkannya di tangga ke-13 kejuaraan dunia. – AFP