Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Arkib : Aprilia RSV4 milik Lady Biker

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-29
in SHOW OFF, UTAMA
0

Aprilia RSV4, tersenyum saya apabila diberitahu jentera yang bakal dijadikan bahan untuk ruangan show off kali ini. Akhirnya peluang ditunggu-tunggu tiba juga. Jenama Aprilia RSV Factory model tahun 2004 merupakan sentuhan pertama saya dengan jentera Aprilia 1000cc. Tunggangan pertama pada tahun 2006 dengan Aprilia RSV Factory 1000cc tersebut telah berjaya diharungi sejauh 560km. Di masa itu tiada jentera lain mampu bertanding dengan kehebatan jentera keluaran Aprilia. Baik dari segi keunikan lampu isyarat yang terletak di cermin sisi, Fork dan Mono yang menggunakan jenama terkenal iaitu Ohlins dan rim depan dan belakang jenama Massechini yang memang terkenal di pasaran dunia. Terdapat dua keluaran model tersebut iaitu RSV Factory dan RSV Basic. Dan sekali lagi Aprilia membuat kejutan dengan pengeluaran model Perdana mereka iaitu Aprilia RSV4 yang ternyata begitu ketara sekali perbezaannya dengan model keluaran 2004. Baik dari segi model, nama, kerangka, sistem dan aksesori.


“Hebat” perkataan pertama terpacul dari mulut apabila dipertontonkan model RSV4 yang dimiliki seorang gadis berusia 23 tahun. Shamsidar, pemilik kepada jentera hebat ini juga merupakan seorang peniaga yang lebih gemar berniaga sendiri. Sepertimana pemiliknya, memang “superb” serta sangat cun model RSV4 ini. Boleh dikatakan 100 peratus berbeza dari model sebelumnya. Body yang pendek, rekabentuk racing, mantap. Rasanya tiada apa yang boleh diberi komen. Namun, sekiranya ekzosnya ditukar pasti lebih mantap. Ini baru model RSV4 (basic), anda masih belum tengok keluaran RSV4 (Factory Spec). Aprilia telah membuat pengumuman pada 22 Februari 2008, iaitu di Piaggio International Group Konvesyen di Milan, Itali berkenaan Model RSV4 ini.
Pihak Aprilia telah nyatakan enjin baru direka khusus untuk siri perlumbaan Superbike Dunia. Enjin ini menghasilkan lebih 200 kuasa kuda (150kw). Saudari Shamsidar memberikan kunci Aprilia RSV4 berwarna putih dan berbelang hijau dan merah, warna bendera Itali. Model yang saya tunggang ini adalah Aprilia RSV4 basic. Saya mengelilingi motor tersebut 3 kali sebelum hidupkan enjinnya. Persamaan yang ada pada model 2004 dan RSV4 ini hanyalah kedudukan lampu isyarat di cermin sisi. Sifat dinamik begitu terserlah dengan penekanan ekor belakang yang bercerun ke atas cukup menarik sekali rekabentuknya. Lampu belakang yang berkelompok tiga menambahkan keunikan jentera ini.


Karektornya agak berlainan dengan model RSV factory model 2004. Memang model ini diperbuat untuk perlumbaan. Dengan kedudukan handle bar yang lebih menunduk dan fairing yang agak masuk ke dalam bagi mengurangkan halangan angin minimum sekali saiznya. Paling menakjubkan, model ini terasa lebih ringan. Seperti diduga, kedudukannya tetap agak tinggi bagi penunggang berketinggian “5,5”. Kaki terpaksa berjengket dan tiada peluang untuk melabuhkan kedua belah kaki andai berhenti di lampu isyarat atau brek secara mengejut. Tapi itu bukan satu masalah besar kepada bikers.

Tunggangan ujian dalam trafik sesak bukanlah satu pilihan tepat. Kedua belah kaki terasa kehangatan akibat bahang kepanasan enjin. Keadaan sama semasa menunggang RSV Factory model 2004. Perbezaannya, fairing RSV4 tidaklah begitu hampir dengan kaki penunggang serta banyak ruangan yang membolehkan peredaran udara di mana tidak 100 peratus bahang kepanasan enjin begerak ke belakang. Handle bar yang agak terhad memang sesuai untuk perlumbaan, agak merumitkan seandainya terperangkap didalam kesesakan jalanraya. Ini kerana ruang membelok amat terhad tetapi dengan body yang agak sederhana besar kelebihan mencelah cukup sempurna di kala terperangkap dalam kesesakan.

Aprilia RSV4 menggunakan enjin V-4, dikuasai komponen eletronik serta casis yang sangat ringan dan padat merupakan satu kelebihan serta menambahbaikan pecutan tanpa disedari kelajuannya. Terasa seperti menunggang motor 400cc-600cc. Semasa mengambil selekoh yang luas, cukup membuat saya tersenyum. Body pendek dan ditambah keadaan jalanraya kering begitu mudah sekali pengendalian.


Tidak sabar bertembung selekoh tajam di mana kawalan kelajuan (Breaking Engine), kedudukan atau posisi perlu diubah serta penukaran gear sesuai semasa mengambil selekoh serta kemantapan sistem brek dan sudah semestinya penggantungan depan (fork) dan belakang. Ini termasuk penyesuaian tayar pada jentera ini harus diuji. Tiga selekoh tajam berjaya ditempuhi, satu selekoh memaksa saya gunakan gear 3 di kelajuan 120km/j. Sementara 2 selekoh lagi gear 4 digunakan di kelajuan 140-150km/j. Hebat. RSV4 memang mengikut kehendak penunggang semasa mengambil selekoh. Keseronokan dinikmati ketika berada di dalam selekoh dengan casis ringan, stereng yang boleh diubahsuai serta cengkaman yang cukup bagus semasa kawalan kelajuan (Engine Breaking) takkala penukaran gear tinggi ke gear yang rendah, sistem brek yang cukup menarik apabila brek liver ditarik secara perlahan bagi mengurangkan kelajuan. Terima kasih harus diberikan kepada jurutera Aprilia RSV4 kerana berjaya menyesuaikan Tayar Pirelli Diablo Super Cosa SP dengan motor ini. Ternyata benar kalau jentera ini direka untuk versi perlumbaan. Memang tidak puas dan tiada sebarang keraguan untuk mengambil selekoh setajam mana pun.


Walaupun telah meredah sejauh 90km, minyak tetap dapat dijimatkan. Tangki minyak berbentuk aerodinamik dengan kapasiti 17 liter, masih berbaki lebih dari setengah walaupun pecutan demi pecutan dilakukan. Sistem ekzos 4-2-1 dengan injap ekzos bersepadu berperanan dalam faktor penjimatan bahanapi. Dalam hujan renyai, di malam hari sekeliling gelap gelita, Aprilia RSV4 dengan bantuan cahaya lampu yang menyinari telah memberi keyakinan tinggi ketika menunggang di waktu malam mahupun waktu berkabus.


Peluang diberikan membuatkan saya rasa tidak puas dan begitu berat melepaskannya kembali kepada pemiliknya, Shamsidar. Begitu pesat kemajuan pengeluaran motor pada hari ini, begitu juga dengan Aprilia yang tidak mahu ketinggalan dalam menghasilkan model terkini. Dengan mengekalkan nama yang sama cuma penambahan sistem. Antara model terkini di pasaran ialah RSV4 Factory, RSV4 Factory APRC SE, RSV4 R APRC, RSV 4 R APRC ABS dan terkini RSV 4 FACTORY APC ABS SBK SE. Model yang terkini digunakan untuk perlumbaan SBK dan tidak menghampakan Aprilia. Jadi hasil ujian pada model RSV4 Basic tidak salahlah kalau Aprilia mengeluarkan kenyataan iaitu RSV4 Model Perdana.

Previous Post

HI-REV raikan juara ARRC bersama pemenang bertuah

Next Post

EGO to Harley Kustom

Next Post

EGO to Harley Kustom

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved