Baru-baru ini, Honda mengumumkan edisi khas skuter Activa 6G bagi meraikan ulang tahun ke 20 model tersebut. Dengan catatan lebih 20juta jualan hanya di India, ia merupakan skuter paling popular yang boleh didapati di negara itu.
“Dilahirkan 20 tahun lalu sewaktu Honda merealisasikan The Power Of Dreams Of India dengan model pengenalan Activa,” ujar Atsushi Ogata, Pengarah Urusan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif di Motorcycle and Scooter India.
“Sejak itu, setiap generasi baharu Honda Activa telah memperkenalkan teknologi terkini global yang melangkaui masanya kepada penunggang di India. Bagi meraikan kepercayaan dan kasih sayang pengguna di India, Honda berbesar hati melancarkan edisi khas sempena sambutan ulang tahun ke 20 Activa 6G.”
Edisi khas ini dikemaskini dari segi kosmetik dengan dilengkapi tayar hadapan 12 inci berbanding saiz standard 10 inci walaupun ianya dari besi bukannya aloi. Ia didatangkan dalam dua pilihan warna; Pearl Nightstar Black dan Matte Mature Brown Metallic. Setiap warna ini didatangkan dengan tambahan warna lain seperti tempat duduk dan penutup enjin. Kedua-duanya mempunyai garis berwarna emas dan tulisan juga berwarna emas berserta lencana 20th Anniversary. Edisi khas ini juga dikuasakan dengan enjin 100cc model standard.
Sumber – RideApart.com