Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Ducati Multistrada V4 Pikes Peak Dilancarkan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-11-05
in BULETIN, UTAMA
0

Seperti yang dijangkakan, model Ducati Multistrada V4 Pikes Peak telah dilancarkan melalui Ducati World Premiere 2022. Barisan Ducati Multistrada lebih terkenal sebagai motosikal sport-tourer/adventure yang boleh dibawa ke mana sahaja, tetapi ia juga merupakan sebuah motosikal yang sangat berkuasa. Oleh itu, terdapat juga pemilik yang telah membawa model tersebut ke atas litar.

Mendiang Carlin Dunne pula telah membuat beberapa modifikasi ke atas motosikal Ducati Multistrada dan menyertai perlumbaan Pikes Peak International Hill Climb (PPIHC). Setiap pelumba bermula daripada kaki gunung dan kemudiannya menamatkan perlumbaan di puncak gunung Pikes Peak. Terdapat 156 selekoh di sepanjang “litar” tersebut. Perlumbaan PPIHC merupakan antara hanya beberapa acara yang menggunakan jalan biasa sebagai litar dan oleh itu ia sangat merbahaya.

Namun, Dunne pernah mencatatkan beberapa kemenangan dengan menunggang jentera Ducati Multistrada. Ducati pula memperkenalkan varian Multistrada Pikes Peak bagi memperingati kemenangan tersebut.

Oleh yang demikian, ia telah menjadi sebuah tradisi bagi Ducati untuk menghasilkan varian Pikes Peak buat setiap model Multistrada yang baharu, dan kini termasuklah Multistrada V4 yang baharu sahaja dilancarkan tidak lama dahulu. Nampaknya tradisi ini diteruskan walaupun acara PPIHC telah mengharamkan kelas motosikal setelah Dunne terbunuh ketika berlumba di atas sebuah prototaip Ducati Streetfighter V4.

Pertama sekali, Multistrada V4 Pikes Peak kali ini menggunakan skema warna yang diilhamkan oleh jentera Ducati Desmosedici GP21 yang digunakan di dalam MotoGP. Tetapi ia bukan sekadar warna sahaja kerana terdapat banyak ciri-ciri yang dipertingkatkan.

– Roda depan dan belakang 17-inci yang dibuat oleh Marchesini.
– Tayar Pirelli Diablo Rosso IV yang baharu.
– Skrin yang lebih rendah.
– Fork dan monoshok belakang separa aktif elektronik Öhlins dengan perisian Smart EC 2.0.
– Lengan ayun sebelah (berbanding dengan yang biasa pada Multistrada V4 S).
– Sudut fork 25.75° (24.5° pada Multistrada V4 standard dan V4 S).
– Kaliper brek hadapan Brembo Stylema.
– Handel dirapatkan kepada penunggang.
– Pemijak kaki yang dialihkan lebih tinggi dan ke belakang sebanyak 10mm.
– Enjin Gransturismo V4 1158cc yang menghasilkan 170hp dan 125Nm.
– Mod enjin “RACE” yang eksklusif kepada varian Pikes Peak ini.
– Skrin TFT 6.5-inci yang berwarna.

Sistem kawalah jelajah adaktif (adaptive cruise control) Bosch yang menggunakan radar di depan dan belakang.
Lampu brek belakang dengan sistem Ducati Brake Light yang mengelip apabila penunggang membrek kecemasan agar memberi amaran kepada pengguna jalan yang lain.

Sistem-sistem pembantuan kepada penunggang seperti sistem kawalan cengkaman tayar yang mengikut sudut mereng, Cornering ABS, mod anti-wheelie yang dipertingkatkan.

Ducati berkata bahawa model ini merupakan motosikal adventure yang paling berkuasa dan akan memberikan kepuasan sepenuhnya kepada penunggang yang suka menunggang di jalan-jalan gunung yang berliku-liku (terus terfikir pasal Ulu Yam, Batang Kali, Genting Sempah-Genting Highland, Lebuhraya Karak, Bukit Tinggi, Simpang Pulai-Cameron Highlands) serta di atas litar, berbanding dengan penunggang yang turut menunggang di dalam keadaan off-road.

Pengeluar daripada negara Itali itu juga mengumumkan harga model ini di Amerika Syarikat, iaitu USD28,995, yang pastinya lebih mahal lagi apabila sampai di Malaysia nanti.

Previous Post

KOYOKO Apps, Satu Klik Untuk Memenuhi Semua Keperluan Motosikal

Next Post

Penantian Berbaloi, Dilengkapi Pelbagai Ciri Menarik!

Next Post

Penantian Berbaloi, Dilengkapi Pelbagai Ciri Menarik!

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved