Di zaman serba canggih, tiada apa yang mustahil. Semuanya bergerak serba pantas. Kalau lewat sedikit akan jauh ketinggalan di belakang. Begitu juga dengan KOYOKO yang telah mengemaskini aplikasinya agar dapat memenuhi setiap keperluan yang berkaitan dengan motosikal dalam masa yang singkat. Tidak payah kalut nak buat panggilan ke sana, ke sini untuk cari mekanik atau bengkel.

Kejadian kecemasan sering kali menduga pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal. Ada masanya bateri kong, tayar pancit dan lain-lain lagi. Di mana nak cari lokasi bengkel motosikal berhampiran? Dengan KOYOKO App, anda boleh mencari lokasi bengkel berhampiran secara percuma.

Begitu juga masalah melibatkan saiz bateri yang digunakan motosikal. Tidak semua orang peka tentang saiz yang digunakan atau muat dipasangkan ke atas motosikal. Dengan menggunakan KOYOKO App, semua informasi tentang saiz bateri yang digunakan motosikal boleh didapati di hujung jari!

Bagaimana? Hanya taip nama model motosikal, informasi tentang model serta saiz bateri yang sesuai akan diberikan secara automatik. Jangan risau terbeli model bateri yang salah kerana itu tidak akan terjadi.
Susah untuk menyimpan invois dan resit sebagai bukti pembelian untuk tujuan menuntut waranti? Kalau anda pengguna bateri KOYOKO, tidak perlu risau. Hanya daftarkan maklumat atau informasi waranti bateri ke dalam KOYOKO App. Anda boleh menyemak kesahan waranti pada bila-bila masa!
Mudah, bukan?











