Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kekal Bergaya Dengan Dominar 250

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-02-16
in SHOW OFF, UTAMA
0

Agak sukar sebenarnya untuk mencari sebuah jentera dalam segmen naked (sports touring) pada harga yang agak munasabah. Tidak banyak jenama yang berani mempertaruhkan model mereka pada harga rahmah kepada pengguna tempatan. Bagaimanapun, bajet untuk motosikal dalam segmen ini yang kadangkala boleh mencecah angka melebihi 20 ribu seunit berakhir selepas Modenas Dominar D250 yang hadir pertengahan tahun lalu mungkin boleh menyejukkan suhu peminat motosikal tempatan.

Model dalam segmen Sport Touring ini sekali imbas menyamai rekabentuk model yang lebih tinggi seperti Modenas Dominar 400. Sebenarnya, tidak banyak perubahan dan perbezaan antara model adik (Dominar D250) dan abangnya Dominar 400. Dari segi spesifikasi dari model Dominar 400, ia juga turut dimiliki oleh D250. Hanya perbezaan yang ketara adalah dari segi kuasa dan harga yang sedikit lebih tinggi berbanding Dominar D250.

Malah segala spesifikasi turut sama diantara dua model ini. Antara yang diberikan adalah klac assist & slipper, panel meter LCD berkembar, fork dari jenis terbalik (USD) dan sistem pemberhentian yang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi saluran. Dari segi penampilan pula, seimbas lalu anda pastinya tidak dapat membezakan antara D250 dan abangnya Dominar 400 kecuali beberapa bahagian seperti panel meter dan tayar yang lebih besar di roda depan dan belakang.

RoadStar diberi kesempatan untuk menguji jentera nombor 2 paling popular di India. Bermula dari Kajang menuju ke bandar Kuala Pilah, Negeri Sembilan dengan jarak perjalanan memakan masa 1 jam 7 minit atau mengikut perkiraan sekitar 81km. Terdahulu, perancangan asal penulis adalah menjelajah beberapa tempat menarik seperti Kuala Selangor, Sekinchan, Sabak Bernam, Bagan Datok, Lumut dan berakhir di jam senget yang terletak di Teluk Intan.

Bagaimanapun hasrat itu terpaksa dibatalkan memandangkan kami hanya diberi kesempatan selama tiga hari sahaja. Kembali bercerita mengenai jentera Modenas ini, saat penulis mengambil jentera ini di Damansara, penulis terasa sedikit kekok ketika kali pertama kali menguji jenama motosikal popular dari India ini. Permasalahan awal yang penulis rasakan adalah masalah berat di bahagian roda depan ternyata menyukarkan sedikit pergerakan penulis bagi menggerakkan jentera ini ketika berada pada kedudukan statik.

Sedikit tenaga ‘jantan’ diperlukan di peringkat awal motosikal ini beroperasi namun ia menjadi semakin mudah sebaik gear pertama dan kedua mula beraksi serta diikuti gear seterusnya. Mungkin pada hemat penulis, Dominar D250 menggunakan kerangka ‘Beam Type Perimeter’ yang agak berat serta padanan tangki bahan bahan api 13liter yang agak besar. Bagaimanapun, kecacatan itu padam sebaik penulis memulas pendikit minyak dan akhirnya kembali mendapat rentak dan memahami karakter jentera ini.

Ia sebenarnya agak selesa ketika jentera ini berada di atas jalan raya dan ketika melihat kepada saiz dan ketinggian jentera ini, penulis tidak menafikan jentera naked ini sebenarnya agak sedap untuk bersantai di hujung minggu. Penulis membuat keputusan untuk menguji jentera di hari kedua dengan destinasi paling hampir adalah di Kuala Pilah. Malah, bandar Kuala Pilah turut menjadi pilihan agensi perhubungan awam yang dilantik oleh Modenas sendiri.

Sebenarnya banyak momen menarik yang terdapat di Kuala Pilah itu sendiri. Sebagai Bandar Diraja bagi Negeri Sembilan, daerah yang bersempadan dengan Bahau dan Seremban terletak di tengah-tengah negeri itu memiliki banyak fauna yang menjentik hati penulis. Melihat kepada keadaan rupa bentuk muka bumi, Kuala Pilah sebenarnya merupakan kawasan berbukit bukau dengan hutan simpan yang luas menjadikan menjadi syurga kaki ‘hiking’ dengan suasana alam semulajadi yang nyaman dan selesa untuk diterokai.

Penulis turut berkesempatan berhenti sejenak di Taman Rekreasi Ulu Bendul – kawasan perkelahan yang sering dinikmati bukan sahaja dinikmati warga penduduk Kuala Pilah malah bagi sebahagian warga Lembah Klang dikala hujung minggu atau cuti umum. Beberapa destinasi lain yang tidak kurang hebat yang terdapat di Kuala Pilah seperti Hutan Lipur Jeram Tengkek dan Perkampungan Homestay turut mengalu-alukan kedatangan pengunjung bagi menikmati dan merasai suasana kehidupan di kampung.

Sepanjang laluan ke destinasi terbabit, penulis sempat menikmati kehijauan flora sepanjang melalui jalan lama menuju ke Kuala Pilah. Bukan itu sahaja, Jelapang Padi juga turut menggamit penglihatan penulis selain Istana Menanti yang menjadi mercu tanda yang megah bagi daerah tersebut. Berbalik kepada jentera yang ditunggang penulis, saiz Modenas D250cc pada keseluruhan adalah 1,112 (milimeter) mm dengan jarak roda 1,453mm serta beratnya sekitar 180kilogram memudahkan penulis mencilok tatkala berada di sekitar pekan Kuala Pilah.

Menyentuh mengenai keupayaan enjin Dominar D250 ini, jentera ini dipadankan dengan enjin dwi-percian, silinder tunggal, penyejukan cecair, enjin berkuasa 249cc DOHC FI yang mampu menghamburkan kuasa 19.9kW pada 8,500 rpm dan tork 23.5 Nm pada 6,500 rpm. Ketika penulis memerah secara agresif motosikal ini di laluan Lebuhraya LEKAS, tiada tanda-tanda ia mendatangkan masalah. Kotak gear 6-kelajuan juga turut dipuji malah tidak terlalu membebankan penulis ketika membuat pertukaran gear ke atas atau sebaliknya.

Previous Post

Dua Hari Penuh Meriah, Honda Restorasi Penuh Jadi Taruhan!

Next Post

Bakal Bergema Di Putatan, Sabah

Next Post

Bakal Bergema Di Putatan, Sabah

CAPAIAN

  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved