Kehadiran motor terbaharu Honda RS-X telah berjaya mendapat perhatian peminat dua roda. Baru-baru ini, Sing Yik Motor mengambil kesempatan menganjurkan majlis pelancaran motor terbaharu yang diadakan bertempat di kedainya yang terletak di Ipoh, Perak.
Majlis bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir sekitar jam 5.00 dengan kehadiran sebanyak 25 crew. Kehadiran Konvoi CRS Perak yang diketuai saudara Zam telah disambut oleh pemilik Sing Yik iaitu encik Simon Chuak.
Sebelum meneruskan majlis, para peserta konvoi yang hadir diterangkan ciri-ciri yang terdapat pada motosikal Honda RS-X 150. Didatangkan dengan 3 pilihan warna; merah trico, biru dan hijau lime. Harga di atas jalan termasuk insurans dan cukai jalan yang ditawarkan ialah RM9,500. Honda RS-X150 masih mengekalkan enjin yang sama dengan model RS15OR.
Ada beberapa penambahbaikan pada model baru ini seperti;
– rantai RKM jenis o-ring,
– lampu LED depan dan belakang,
– meter digital sepenuhnya seperti yang terdapat pada model CBR150,
– brek depan dengan fungsi ABS,
– butang Seat yang terletak di sebelah kunci
– rekaan ekzos yang menarik
– lampu signal lebih menarik
Para peserta yang hadir tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama model-model motosikal RS-X yang baru ini. Jamuan Ringan turut disediakan pada petang itu untuk menjamu para peserta konvoi yang hadir dan diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai bersama motosikal baru ini dan juga encik Simon.
Di kesempatan ini, saudara Zam ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Sing Yik Motors (Encik Simon Chuak) kerana sudi menjemput CRS Perak Official ke Majlis Pelancaran Model Motosikal Honda RS-X di kedai Sing Yik Motor yang terletak di Taman Soon Choong Ipoh, Perak.
Perkongsian : Zam CRS Perak Official