Hampir di mana sahaja, tidak kiralah kempen keselamatan secara maya, risalah atau bahan bacaan seperti artikel yang mengingatkan kita agar sentiasa berjaga-jaga dan peka setiap kali menunggang motosikal. Namun, kehilangan fokus atau daya tumpuan terhadap penunggangan mudah berlaku dari masa ke semasa.
Hilang fokus dalam kereta memang membahayakan tetapi kalau sedang menunggang motosikal ia seolah-olah menempah bencana!
Berikut, beberapa tips untuk kekal berjaga-jaga dan peka semasa menunggang motosikal!
1. Bagaimana keadaannya bila anda tertidur atau terlelap?
Berita baiknya, ada tanda-tanda untuk mengesan bila anda hilang tumpuan semasa menunggang motosikal. Namun, anda perlu bertindak secepat mungkin sebaik sahaja mengesan tanda-tanda amaran ini!
Tanda-tanda yang paling senang dan membuat fikiran melayang apabila anda mula berfikir tentang kerja, risau tentang kewangan, teringat pergaduhan dengan pasangan, bimbang tentang anak yang sakit dan macam-macam lagi.
Tunggu dulu. Bukan sahaja perkara-perkara negatif. Anda juga boleh hilang tumpuan bila berfikir tentang perkara-perkara menyeronokkan, mungkin temu janji malam sebelumnya yang mengujakan atau juga drama bersiri Squid Game yang akhirnya sudah habis ditonton. Selain itu, keadaan fizikal juga boleh mencuri tumpuan seperti lapar, penat dan tak tahan nak membuang air kecil.
Kesannya boleh dilihat sebaik sahaja daya tumpuan mula hilang seperti tidak dapat melihat kereta yang sedang menghampiri walaupun pemandu sudah memberi isyarat lebih awal atau anda masuk selekoh dengan tiba-tiba dan juga lopak yang muncul entah dari mana.
Ia bertambah jelas apabila anda menunggang di jalan yang sama saban hari, berulang-alik ke tempat kerja atau jalan yang digunakan setiap hujung minggu. Jangan hilang fokus walaupun anda sudah kenal selok-belok jalan!
2. Adakah Menunggang Dengan Laju Dapat Membantu?
Kelajuan atau memecut pada kelajuan yang tinggi tidak semestinya membantu dan membuat anda kekal sedar terutamanya untuk tempoh yang panjang seperti berada di atas lebuh raya. Sebaliknya, mengubah kelajuan berterusan sangat membantu. Perkara paling teruk berlaku apabila anda hilang tumpuan ketika menunggang dengan laju. Atas litar, anda boleh lihat penunggang tiba-tiba tersasar di selekoh atau salah masuk gear. Sekiranya terjadi di atas jalan raya, kemalangan maut boleh berlaku lebih-lebih lagi kalau anda sedang memecut pada kelajuan tinggi.
3. Bagaimana Cara Mengatasi?
Bermula sebelum anda menaiki motosikal. Jangan bawa masalah dengan anda seperti memikul kotak terlebih muatan. Sebaliknya, beritahu diri sendiri menunggang motosikal ini akan membantu anda lebih tenang. Ulang perkara yang sama semasa anda memakai pakaian yang sesuai (jaket, sarung tangan, helmet) sebelum menghidupkan enjin. Jangan berhenti, teruskan menutup mata dan tarik nafas sambil mengingatkan diri anda yang menunggang motosikal ini adalah untuk menenangkan. Senyum dan mulakan perjalanan.
Benar. Masalah tidak akan hilang begitu sahaja tetapi sekurang-kurangnya, anda tiba dengan selamat ke destinasi yang dituju. Malah, beberapa penunggang motosikal menemukan penyelesaian kepada masalah mereka dengan menunggang motosikal. Tak mustahil!
Hakikatnya, ada penunggang profesional yang menjalani proses ini ketika pusingan pemanasan di litar.
4. Bagaimana Untuk Kekal Berjaga-jaga?
Jika fikiran anda kembali melayang, ulang semula dan beritahu diri sendiri yang menunggang motosikal ini menenangkan.
Atau, ubah cara anda berfikir ketika menunggang. Contoh, anda sedang terperangkap dalam trafik yang teruk. Ubah sebaliknya. Bermain dengan minda. Mungkin, meneka apa yang kenderaan hadapan akan buat seterusnya. Jika ia terjadi seperti yang anda jangkakan, maknanya ia satu kemenangan. Yeah!
Ada juga cara lain termasuk menumpukan perhatian terhadap teknik menunggang, khususnya ketika menunggang di tebing ngarai. Beritahu diri sendiri, bila perlu memecut, brek, tukar gear dan lain-lain lagi. Anda akan ingat tanda-tandanya, membrek, cara mengendalikan motor, titik-titik pemecutan dan gear mana sesuai untuk setiap selekoh. Anda juga boleh beritahu diri sendiri tentang apa yang dirasakan setiap kali melepasi selekoh. Macam biasa dengar? Ya. Pelumba profesional kerap menggunakan teknik ini ketika di atas litar.
Selain itu, anda juga boleh kekal fokus dengan bernyanyi bersama lagu yang didengar menerusi Bluetooth (tetapi pada volum yang boleh diterima akal), atau bercakap dengan kawan-kawan penunggang motosikal yang lain dalam konvoi, kekal terhidrat, kekal tenang dan selesa.
Kesimpulan
Begitulah tadi beberapa tips yang diharapkan dapat membantu anda kekal berjaga-jaga semasa menunggang motosikal. Ingat, kekal selamat!