Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Sportster S dan Pan America, Menggunakan Enjin Yang Sama Tapi Berbeza Dari Segala Segi

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-11-10
in BULETIN, UTAMA
0

Jentera ikonik dari Amerika Syarikat, Harley Davidson kini hadir di pasaran tempatan dengan kehadiran jentera motosikal kustom sukan serba baharunya iaitu model Sportster S dan Pan America. Dua model berbeza yang diperkenalkan oleh Didi Resources iaitu Sportster S dan Pan America. Untuk info jentera ini ditawarkan dengan menggunakan enjin yang sama. Sekali pun penggunaan enjin masih sama, dua model ini jelas tidak seiras dari segala segi.

Kedua-dua model ini juga didatangkan pada tag harga berbeza iaitu RM92,900 (Sportster S) manakala bagi varian Pan America, harganya bermula pada tag harga RM115,900 (bagi model standard) hingga RM118,900 bagi model istimewa. Pada majlis perasmian memperkenalkan dua jentera terbaharu dari Harley Davidson ini, penulis dan kalangan penggiat permotoran tempatan berpeluang merasai pengalaman sendiri menunggang uji kedua-dua model terbabit.

Sportster S merupakan model yang mendapat peningkatan baharu bagi memberikan kuasa dan prestasi tambahan yang luar biasa sekali gus meningkatkan keseluruhan pengalaman si penunggang ketika membawanya. Kedua-dua model juga didatangkan dengan casis yang berbeza dari edisi sebelumnya. Dari segi kuasa, kedua-dua model ini menggunakan enjin jenis Revolution MAX 1250 dengan kemampuan menghamburkan 150 kuasa kuda pada putaran enjin 9,000 rpm dan 127 Nm @ 6,750 rpm. Ia dibantu dengan teknologi percikan berkembar, VVT dan penggunaan omboh jenis tempa.

Penambahbaikan model Sportster S seperti ia agak ringan dan sistem penggantungan yang premium sekali gus membolehkan si penunggang mengendalikan jentera pada tahap responsif dan penuh bergaya. Manakala bagi model Pan America, penulis sifatkan jentera ini akan ‘panas’ samada di kalangan muka baharu atau mereka yang sudah sebati dengan jentera Harley Davidson ini.

Menurut Pengurus Besar Didi Resources, Juan Chow Wee menjelaskan perbezaan antara dua model Pan America yang telah dirasai wakil media yang hadir dan turut menunggang uji jentera ini.

“Selain warna yang berbeza, model ini memiliki perbezaan luaran dan dalaman. Bagi model ‘special’ ia datang dengan warna ‘orange’ sementara bagi model asas hanya warna hitam sahaja yang boleh didapati.

“Begitu juga dengan logo di bahagian tangki, sekali pun dua jentera ini memiliki DNA yang sama tetapi pada hakikatnya ada kelainan yang dapat dicari dan dilihat oleh peminat HD (Harley Davidson) di luar sana,” ujar Juan.

Kedua-dua versi model Pan America turut dibezakan dengan ciri-ciri dalaman seperti suspensi semi-active seperti fork jenis Showa BFF di bahagian roda hadapan dan Showa BFRC di roda belakang. Versi Special juga turut dilengkapi dengan Adaptive Ride Height yang membolehkan pelana tempat duduk direndahkan sebaik enjin dihidupkan dan memulakan perjalanan.

Menarik bagi sistem Adaptive Ride Height ini, ia membolehkan penunggang yang memiliki fizikal rendah sedikit membawa jentera ini. Untuk info, Pan America yang dianggap pencabar bagi segmen adventure, memiliki ketinggian pelana sekitar 890mm dan kehadiran sistem Adaptive Ride Height, ia dapat diturunkan sehingga 855mm.

Melengkapkan ciri moden di jentera adventure ini ialah skrin paparan TFT 6.8 inci, lampu jenis LED di bahagian depan dan belakang, ciri keselamatan bagi kawalan cengkaman, penjelajahan dan khidmat bantuan ketika mendaki jalan raya yang tinggi.

Pan America dilengkapi dengan sistem brek jenis angkup Brembo dengan empat omboh di depan dan angkup omboh tunggal di belakang. Rim tayar bersaiz 19 inci dengan cengkaman tayar jenis Michelin Scorcher Rubber bersaiz 120/70 di roda hadapan sementara pada roda bahagian belakang pula menggunakan rim bersaiz 17 inci dengan kelebaran tayar bersaiz 170/60.

 

Previous Post

Dimeriahkan Kehadiran CRS Perak Official Sebagai Jemputan Khas Sing Yik Motors

Next Post

Perubahan Sempena Ulang Tahun ke-30 CBR1000RR-R!

Next Post

Perubahan Sempena Ulang Tahun ke-30 CBR1000RR-R!

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved