Di tengah-tengah kepesatan generasi yang sentiasa bergerak khususnya di negara-negara Eropah dan juga Asia, fokus utama seringkali dikaitkan dengan kecekapan serta praktikaliti untuk bergerak dalam bandar metropolitan yang serba sesak. Justeru, tidak hairanlah apabila ramai sanggup membiarkan kereta besar dan SUV mewah di rumah serta memilih menggunakan kenderaan dua roda apabila meredah kawasan banda. Kecenderungan pembeli ini telah memberi laluan jentera utiliti baharu untuk bersinar!
Salah satu contoh yang paling ketara, skuter Symphony Cargo dari pengeluar motosikal Taiwan, SYM. Dikemaskini untuk model 2023, Symphony Cargo direka untuk memikul beg dan juga sesuai ditunggang dengan kelajuan seperti pejalan kaki di taman-taman sekali gus membuatkan ia sebuah skuter komuter paling mudah digunakan.
Skuter ini menampilkan rak letak barang yang diletakkan di bahagian depan dan belakang. Bagi bahagian hadapan, rak ini boleh menampung sehingga 65km. Manakala rak di bahagian belakang boleh digunakan untuk mengikat beg lembut dan juga sebuah top case. Memandangkan skuter ini telah dikemaskini dari sudut kemampuan yang boleh digunakan sekeliling kota. Kemaskini termasuk enjin di mana SYM menawarkan samada 50cc atau 125cc untuk pasaran Eropah. Bahagian underpinning masih dikekalkan dengan kerangka besi, fork teleskopik standard di bahagian hadapan dan sepasang penyerap hentak boleh laras di bahagian belakang.
Satu lagi penambahan yang perlu dinyatakan adalah sistem brek kombinasi model tahun 2023 atau CBS untuk keselamatan ynag perketatkan. Terdapat juga center stand baharu, memudahkan barang-barang dimuatkan ke dalam kargo apabila meletakkan kereta alam posisi menyenget.
Akhir sekali, Symphony Cargo ini dilengkapi dengan kluster instrumen LCD berwarna penuh. SYM telah menyenaraikan nama Symphony Cargo dalam laman sesawangnya. Bagaimana pun, syarikat ini masih belum mendedahkan harga untuk model terbaharu ini.
Sumber : SYM