Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2021, ADV150 menjadi kegemaran peminat dalam kalangan penjelajah serbaguna yang bukan sahaja mudah dikendalikan tetapi juga menawarkan penampilan yang menawan apabila ditunggang di jalan raya mahupun jalan yang tidak rata.
Ketibaan Honda ADV160 adalah evolusi daripada ADV150, ia telah mengekalkan identitinya sebagai skuter pengembaraan yang terbaik dan kelihatan lebih lasak beserta ciri-ciri canggih. Motosikal ini akan menjadi jawapan kepada penunggang aktif yang inginmenikmati pengembaraan merentasi pelbagai keadaan jalan.
Ciri-ciri utama Honda ADV160 ialah:
• Enjin 156.9cc 4-Injap eSP+ baharu yang mempunyai lebih kuasa, tork dan juga jimat bahan api.
• Teknologi Honda Selectable Torque Control (HSTC) untuk mengoptimumkan kuasa enjin dan kawalan cengkaman.
• Ketinggian Tempat Duduk yang lebih rendah dan cermin depan boleh laras yang lebih tinggi untuk meningkatkan keselesaan menunggang.
• Reka bentuk lebih lasak beserta LCD Meter Pelbagai Fungsi memaparkan informasi penting.
• Pengecas USB dalam kotak konsol dengan ruang utiliti 30L untuk menambah kemudahan perjalanan.
Enjin Honda ADV160 baharu lebih berkuasa dengan peningkatan kapasiti 156.9cc 4-injap eSP+ (Enhanced Smart Power Plus) dan juga memberikan prestasi responsif yang cekap. Unit kuasa menghasilkan 14.7 Nm tork pada 6,500 rpm dan 11.8kW pada 8,500 rpm akan memberi keyakinan kepada penunggang dalam perjalanan harian mereka. Selain itu, motosikal ini dilengkapi dengan Idling Stop System (ISS) untuk menambah kecekapan penggunaan bahan api ketika berada di bandar.
ADV160 bukan sahaja hadir dengan enjin baharu, malah ia juga telah membuka segmen dalam kategori skuter premium yang lebih berkelas dengan ciri berteknologi tinggi seperti HSTC (Honda Selectable Torque Control). Ciri HSTC akan melaraskan kuasa enjiin bagi mengoptimalkan tork di tayar belakang bagi mengurangkan kegelinciran tayar dan ciri ini lazimnya hanya terdapat pada motosikal melebihi 250cc.
Ketinggian tempat duduk baru yang direka lebih rendah untuk ADV160 adalah satu lagi faktor penambahan keselesaan pengalaman menunggang kerana ia memberikan capaian tanah yang lebih baik. Ketinggian tempat duduknya 780mm dan cermin penghadang angin boleh laras lebih tinggi menjadikan ADV160 sangat santai dan mudah dikendalikan untuk perjalanan jarak dekat dan jauh. Cermin depan yang boleh laras kepada dua posisi menjadikan aerodinamik lebih lancar dan udara dialirkan dengan baik semasa menunggang.
Reka bentuk Honda ADV160 mengekalkan DNA ADV dan memberikan persepsi yang lebih garang dan mantap. Pada bahagian hadapan, ia didatangkan dengan sistem pencahayaan LED penuh beserta reka bentuk terkini memberikan imej yang sporty dan canggih mahupun siang ataupun malam. Meter panel digital penuh baharu menyediakan paparan maklumat-maklumat penting dan lengkap pada satu skrin. Bentuk keseluruhan ADV160 mempunyai sentuhan unggul yang akan menarik penunggang untuk kelihatan segak di atas jalan dengan padanan beberapa ciri motosikal besar.
ADV160 serba baharu dilengkapi dengan ciri ABS (Anti-lock Braking System) hadapan dan brek cakera beralun untuk menambah baik sistem brek dalam tindak balas semasa kecemasan dan memberi lebih keyakinan dalam pelbagai keadaan penunggangan.
Untuk ciri keselamatan, Honda ADV160 didatangkan dengan Sistem Kunci Pintar serta system penggera. Untuk kemudahan tambahan, motosikal ini dilengkapi dengan pengecas USB 5V 2.1A di dalam kotak konsol utnuk membolehkan pengecasan pantas. Honda ADV160 juga didatangkan dengan ruang utiliti 30 liter di bawah tempat duduk, yang memberikan kemudahan kepada penunggang untuk penyimpanan barangan penting ketika pengembaraan.
Honda ADV160 boleh didapati dalam 2 pilihan warna iaitu Mat Charcoal Grey Metallic dan Vivacity Red. Model ini boleh didapati di semua pengedar Honda Impian X dan pengedar sah Honda.