Acara Terpaling Havoc Mega Gathering V1 2023 telah berlangsung pada 28 Oktober lalu di Litar Drag Gong Badak, di Terengganu. Penganjuran sulung Castcall Asia Sdn Bhd ini dengan kerjasama dari beberapa pihak. Antaranya seperti Mustang Club Malaysia, CPURT Event Management, Fullthrottle Official, RD Terengganu, Ducati Official Club Malaysia, DREC 469 Truecore, Mekanika 47500 Subang Jaya.
Penganjuran ini telah mendapat sokongan penuh dari Kementerian Belia & Sukan dan juga Rakan Muda. Pelbagai aktiviti telah disusun dengan teliti khusus untuk para peserta dan pengunjung yang hadir. Salah satu yang menjadi daya tarikan utama, tentunya Cabutan Bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik seperti kereta Honda EG, motosikal RX-Z selain hadiah-hadiah lain dengan jumlah keseluruhan hadiah ditawarkan ialah RM200,000.00!
Tapak acara dimeriahkan lagi dengan persembahan dari artis-artis jemputan terkenal tanah air seperti Hafiz Suip, Black Hanifah, Aepul Roza, Aril Pilus, Jaa Suzuran, Abey Nikk Pantun. Kehadiran beberapa tetamu khas seperti En. Norazli Mohd Daud, Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi Bahagian Pembangunan KBS, Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan menyerikan lagi penganjuran acara ini.
Bagi makluman, pihak penganjur telah melakukan sedikit kelainan dengan membuka penyertaan kepada para pemilik lori sekali gus menghangatkan lagi penganjuran Terpaling Havoc kali ini. Tidak dinafikan, ia sesuatu yang jarang dianjurkan di Malaysia. Selain itu, beberapa aktiviti lain berjaya mendapat sambutan luar biasa bukan sahaja dari penyertaan para peserta tetapi juga para pengunjung. Aktiviti yang dimaksudkan ialah Car Club, Autoshow dan Audishow serta kategori motosikal dipecahkan kepada beberapa kategori.
Antara yang menjadi tumpuan para peserta dan pengunjung sepanjang acara berlangsung ialah ketgori penyertaan Car Club paling ramai, Best Category; Modified, Best Audio, Best Exhaust, Best Wrap, Best Standard, Best Interior dan lain-lain kategori dengan kategori utamanya Best Of The Best Terpaling Havoc.
Walaupun julung kali diadakan, acara ini telah berjaya mencatatkan sebanyak 5000 buah kenderaan Car Club Gathering dihimpunkan dan juga motosikal. Manakala sebanyak 400 buah menyertai autoshow dan audioshow, motosikal dan juga lori.
Hampir 15,000 orang dianggarkan telah hadir memeriahkan lagi penganjuran ini yang semestinya memberikan peluang yang baik untuk gerai-gerai jualan yang dibuka. Ia juga dilihat sebagai satu inisiatif yang bagus demi menyahut seruan kerajaan agar pihak-pihak badan korporat turut sama membantu pengusaha-pengusaha kecil dengan menawarkan gerai jualan sepanjang acara ini.
Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada Koperasi Permotoran Terengganu, Kerajaan Terengganu, Terengganu Maju Berkat Sejahtera, PDRM Terengganu, JPJ Terengganuy, MBKT Kuala Nerus, TCSO, Along Teras & CHOII, BEAM dan Original Merchandise. Tidak ketinggalan, rakan penaja seperti Malay Land, Utama Motors, AEON Big, Prince Lubricant, Taipan Megah SB, Warpart Studio dan Ford i Expert SB. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan acara Terpaling Havoc V1 kali ini. Jumpa lagi di penganjuran Event Terpaling Havoc V2 nanti.
Perkongsian :
Anis & Khairi (Teks dan Gambar)